PASANGAN selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan penceraian mereka menerusi status yang dimuat naik di media sosial.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram, Mizz Nina memaklumkan selepas pertimbangan teliti dilakukan, mereka berdua bersetuju untuk memutuskan hubungan rumah tangga.
"Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan segala suka duka dan pengembaraan.
"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kerana menunjukkan kasih sayang selama ini. Jangan risau, kami masih berkawan dan mendoakan yang baik untuk satu sama lain.
"Kita boleh merancang tapi perancangan ALLAH lebih hebat," katanya.
Dalam pada itu, Mizz Nina turut berharap supaya semua pihak dapat mendoakannya sepanjang tempoh edah dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan andaian palsu untuk mengelak fitnah.
Pada bulan lalu, muncul khabar angin yang mendakwa hubungan rumah tangga pasangan itu sudah mula goyah namun dinafikan Noh.
Malah, terdapat juga dakwaan yang mengatakan pasangan itu telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Selangor pada Rabu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram