Anak ketagih arak tergamak langgar ibu kerana wang diberi tak cukup


  • Benua
  • Sabtu, 09 Jul 2022

Lokasi kejadian suspek memukul ibunya kerana tidak diberikan wang untuk membeli minuman keras. — Agensi

GARA-GARA tidak diberi wang yang mencukupi untuk membeli minuman keras, seorang anak tergamak memukul dan melanggar ibunya dengan menggunakan motosikal.

Kejadian berlaku di Kabupaten Cirebon, Indonesia pada Khamis lalu melibatkan suspek yang berusia 32 tahun.

Ketua Polus Cirebon, Kompol Anton berkata, sebelum kejadian, suspek telah meminta wang sebanyak RM88 untuk membeli minuman keras.

"Namun, ibu suspek hanya memberikan sebanyak RM73 sahaja dan sempat meminta suspek untuk tidak membeli minuman keras," katanya.

Menurut Anton, suspek kemudian telah pergi membeli minuman keras dan akhirnya pulang kembali ke rumah serta meminta wang lagi sebanyak RM14.

Namun, ibu mangsa enggan memberikan kerana tahu suspek akan menggunakan duit tersebut untuk membeli minuman keras.

"Suspek yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk kemudian telah memukul ibunya dengan menggunakan tangan sehingga menyebabkan mangsa mengalami luka di bahagian mata sebelah kanan.

"Selain itu, suspek juga telah melanggar ibunya dengan menggunakan motosikal," katanya.

Tambahnya, suspek kemudian telah ditahan pada hari sama dan boleh dihukum penjara selama lima tahun akibat perbuatannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram