Bekas kekasih rupanya, penggunting rambut cuba culik anak-beranak depan tadika di Shah Alam sah positif dadah


  • 112
  • Jumaat, 08 Jul 2022

Suspek turut didapati positif dadah dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan. — Gambar hiasan

POLIS menahan seorang tukang gunting rambut kerana dipercayai cuba menculik seorang kerani wanita dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika, di Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa berusia 41 tahun pada pukul 6.15 petang pada Khamis selepas diberitahu oleh guru tadika berkenaan.

"Hasil siasatan, mangsa menjelaskan bahawa suspek lelaki berusia 26 tahun itu menolaknya mangsa ke tempat duduk penumpang dan merampas kenderaan mangsa semasa anak mangsa berusia enam tahun memasuki kenderaan.

"Suspek ditangkap pada pukul 10.10 pagi ini ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor. Turut hadir bersama suspek adalah dua beranak yang diculik,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Iqbal berkata, saringan air kencing suspek mendapati positif dadah dan kedua-dua ibu dan anak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek adalah bekas kekasih mangsa berusia 33 tahun dan motif tindakannya kerana masih sayangkan wanita itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan saspek direman esok,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram