Peliknya, jemaah haji bawa joran ke Mekah


  • Benua
  • Jumaat, 01 Jul 2022

Joran yang dibawa seorang jemaah haji sebelum dirampas pihak berkuasa.

UMAT Islam pada bulan ini memang memberi fokus kepada ibadah haji dan bermacam kisah serta pengalaman lalu menjadi perkongsian sebagai pedoman untuk jemaah yang pertama kali ke Mekah.

Disebalik kisah yang menginsafkan, ada juga cerita lucu melibatkan jemaah yang terlalu teruja untuk menunaikan ibadah haji.

Terbaharu, seorang bakal jemaah haji di Indonesia terpaksa ditahan pihak pengelola kerana membawa joran ke Mekah.

72558-jemaah-haji-bawa-alat-pancing-instagramkepoin-trending

Jenis joran yang dibawa jemaah haji terpaksa dirampas pihak berkuasa. — Agensi

Direktorat Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umrah (Ditjen PHU) Kementerian Agama (Kemenag) Indonesia berkata, mereka terpaksa merampas joran berkenaan walaupun tidak tersenarai dalam senarai barangan yang dilarang.

"Barangan yang disita adalah benda-benda tajam, pemetik api dan lain-lain. Tetapi, joran itu juga terpaksa kita rampas.

"Ini kerana kami mendapati barangan itu tidak mempunyai kaitan dengan ibadah dan boleh mengganggu kelancaran proses menunaikan haji bagi jemaah yang lain," katanya.

Sementara itu, video rampasan barangan itu juga tular di media sosial Indonesia dan rata-rata warganet pelik mengapa jemaah tersebut mahu membawa alat memancing itu.

Malah, ada yang pelik kerana belum ada kawasan di Mekah dan Madinah yang menjadi tumpuan pemancing sebelum ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram