Menteri Indonesia, Tjahjo Kumolo meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru


  • Benua
  • Jumaat, 01 Jul 2022

Tjahjo meninggal dunia akibat jangkitan pada paru-parunya. — Agensi

MENTERI Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia, Tjahjo Kumolo meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Abdi Waluyo, Jakarta, Indonesia.

Tjahjo, 64, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 11.10 pagi waktu tempatan, selepas menjalani rawatan intensif akibat jangkitan paru-paru selama hampir dua minggu.

Jenazah dikebumikan di kompleks Makam Pahlawan Kalibata di Jakarta Selatan pada pukul 6 petang.

Tjahjo ialah kader Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung dari 2010 hingga 2014. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram