SEKUMPULAN petani di Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Indonesia gagal meraih keuntungan lumayan daripada hasil tuaian kerap dicuri.
Hal tersebut dialami oleh Isak, 33, dari Cikarembi, Lembang yang mengakui kerap bimbang jika hasil tanamannya dicuri memandangkan harga tanaman terbabit melambung tinggi.
Setiap hari sehingga pukul 8 malam, beliau akan memeriksa tanaman di ladangnya.
"Sebaik sahaja matahari terbenam hingga hingga 8 malam, segalanya sudah diperiksa, selepas waktu itu saya perlu memastikan keadaan terkawal," ujarnya.
Beliau mendedahkan harga cili merah yang dibeli daripada petani mampu mencecah Rp75,000 (RM22) sekilogram manakala harga pasaran mencecah Rp80,000 (RM23) sekilogram.
"Sekarang ini harganya tinggi kerana hasil tuai agak kurang berikutan cuaca tidak menentu sehingga menyebabkan cili rosak," jelasnya.
Sementara itu harga bagi cili padi di pasaran mampu mencecah Rp40,000 (RM11) sekilogram meningkat kepada Rp100,000 (RM29) menjadi Rp125,000 (RM37) sekilogram. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram