Waspada jika gemar makanan pedas, ini 4 risikonya


  • Sihat
  • Selasa, 14 Jun 2022

Makan makanan pedas berlebihan dalam jangka masa panjang boleh merosakkan tubuh kita. — Gambar hiasan

MAKANAN pedas bukan hanya lazat buat kebanyakan orang, tetapi turut mempunyai manfaat kesihatan.

Rasa panas dan terbakar yang dihasilkan capsaicin itu boleh membantu kita menurunkan berat badan, penyakit jantung bahkan mengurangkan tekanan.

Kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal menyebut, individu yang makan makanan pedas sebanyak enam hingga tujuh hari setiap minggu menunjukkan pengurangan risiko relatif sebanyak 14 peratus dalam jumlah kematian.

Ini bermakna makan makanan pedas dapat meningkatkan jangka hayat kita.

Namun demikian, makanan pedas tidak selalunya bermanfaat untuk semua.

Kecenderungan makan pedas berlebihan dalam jangka masa panjang juga boleh merosakkan tubuh kita.

Berikut merupakan empat kesan buruk makanan pedas:

1) Sembelit

a-woman-experiencing-constipation-possibly-from-her-keto-diet

Antara kesan makanan pedas boleh menyebabkan perut memulas. — Gambar hiasan

Umum mengetahui bahawa makanan pedas boleh menyebabkan sakit perut, perut memulas atau cirit-birit.

Kajian membuktikan, capsaicin (zat kimia yang membuat cili terasa pedas) yang dimakan secara berlebihan boleh memberi kesan kepada lapisan perut.

Gejalanya termasuk mual serta rasa tidak selesa pada perut.

2) Jerawat

52731e192aaca61a637d74d244ec29d3

Jerawat juga boleh tumbuh akibat makan makanan pedas. — Gambar hiasan

Makanan pedas juga dipercayai menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Malah, makanan pedas juga menyebabkan radang pada pencernaan yang boleh menyebabkan gejala fizikal pada kulit.

Ini termasuk kulit kemerahan dan jerawat hingga menyebabkan kegatalan kepada individu.

3) Menyebabkan lecet dan ruam

Screenshot 2022-06-13 181427

Makanan pedas adakalanya menyebabkan panas pada kulit. — Gambar hiasan

Pakar kanser tekak dan leher di New Haven, Conneecticut, Dr Barry Green menyentuh mengenai beberapa makanan pedas yang berpotensi memberi risiko kesihatan.

"Makanan pedas merangsang reseptor di kulit yang biasanya menyebabkan panas," katanya.

fever-sore-throat-itchy-eyes-L

Makanan pedas juga boleh menyebabkan kegatalan pada tekak. — Gambar hiasan

4) Mempengaruhi peti suara

Terlalu banyak makanan pedas merupakan salah satu perkara yang boleh memberi kegatalan pada tekak.

Apalagi jika seseorang menderita penyakit gastrik yang biasanya disebabkan oleh makanan pedas, ia sekali gus menyebabkan muntah, bengkak manakala berlaku perubahan suara menjadi lebih garau. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram