Khuatir berat badan naik? Ini 5 kebaikan aiskrim yang tak ramai tahu


  • Sihat
  • Ahad, 05 Jun 2022

Satu sudu aiskrim membuat seseorang berasa gembira, sama seperti memenangi wang atau mendengar muzik kegemaran. — Gambar hiasan/Agensi

ANDA khuatir berat badan akan naik apabila makan makanan manis seperti aiskrim?

Selepas melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh termasuk berbasikal, mendaki bukit atau berkunjung ke gimnasium, sudah tentu anda menginginkan sesuatu yang manis dan sejuk.

Usah bimbang, kini sudah tiba masanya anda berhenti berasa bersalah untuk menikmati semangkuk aiskrim.

Berikut merupakan manfaat kesihatan aiskrim yang mengejutkan:

1. Sarat dengan vitamin dan mineral

Bahan utama aiskrim adalah susu. Susu dan produk tenusu mengandungi keseimbangan protein, lemak dan karbohidrat.

Selain itu, susu merupakan sumber nutrien yang baik kerana ia mengandungi kalsium, riboflavin, fosforus, vitamin A dan B12.

Tambahkannya pada bahan-bahan yang digunakan untuk menambah rasa dan nutrisi. Contohnya, coklat gelap sarat dengan zat besi, magnesium dan zink, terutamanya jika ia mengandungi lebih 70 peratus koko.

2. Kalsium membantu menguatkan tulang anda

Umum mengetahui bahawa kalsium adalah baik untuk tulang kita. Tahukah anda bahawa pengambilan kalsium harian yang disyorkan untuk orang dewasa ialah 700 miligram?

Kalsium menyumbang satu hingga dua peratus daripada berat badan orang dewasa dan 99 peratus daripadanya disimpan dalam tulang kita (baki 1 peratus terdapat dalam darah kita).

Susu dan produk tenusu (termasuk ais krim), bersama-sama dengan sayur-sayuran berdaun hijau dan kacang adalah sumber kalsium yang hebat.

Malah, terdapat kajian menunjukkan bahawa kalsium boleh membantu penurunan berat badan.

Jurnal Penyelidikan Obesiti mendapati bahawa, diet yang kaya dengan kalsium turut meningkatkan pembakaran lemak.

3. Merangsang otak

Seorang saintis di Universiti Kyorin di Tokyo, Jepun menjalankan kajian untuk melihat sama ada bersarapan dengan aiskrim boleh merangsang otak.

Penyelidik membandingkan sekumpulan orang yang mempunyai aiskrim dengan kumpulan yang minum segelas air sejuk pada waktu pagi.

Hasil kajian menujukkan, kumpulan yang makan aiskrim lebih berwaspada.

Penyelidik Kedoktoran Psikologi Pemakanan, Katie Barfoot berkata: "Otak kita memerlukan glukosa untuk berfungsi dan makanan tinggi glukosa akan membantu kapasiti mental dengan ketara berbanding dengan otak yang berpuasa,".

Oleh itu, kami menyerahkan kepada anda untuk membuat keputusan!

4. Memberi tenaga

Selalunya, aiskrim yang dihasilkan mengandungi banyak gula, manakala gula pula mengandungi glukosa iaitu nutrien utama yang membekalkan tenaga kepada badan kita secara segera.

Gula mempunyai reputasi sebagai tidak sihat, tetapi sebenarnya sedikit gula di dalam aiskrim tidaklah begitu buruk.

5. Membuat anda gembira

Pengambilan aiskrim bersama-sama coklat adalah terkenal kerana ia membantu menghiburkan diri kita sama seperti yang kita tonton di dalam filem.

Tetapi, tahukah anda perkara itu sebenarnya disokong oleh Sains. Aiskrim membantu menghasilkan Serotonin, hormon yang membuat seseorang berasa senang.

Saintis saraf di Institut Psikiatri di London mengimbas otak individu yang makan aiskrim vanila.

Beliau mendapati bahawa, satu sudu aiskrim membuat individu itu gembira sama seperti di dalam otak orang yang memenangi wang atau mendengar muzik kegemaran. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram