Kulit kekal berseri meskipun berusia 40-an, ini amalan dilakukan 5 ratu drama Korea


  • Sihat
  • Jumaat, 10 Jun 2022

(Dari kiri) Hye-kyo, Jang Nara dan Ji Hyun antara primadona kerana penampilan mereka yang awet muda meskipun sudah berusia 40-an. — Agensi

SONG Hye Kyo, Jun Ji Hyun dan Jang Nara antara ratu drama Korea yang sering menjadikan orang ramai, terutamanya kaum wanita dikatakan iri hati dengan kecantikan mereka.

Mereka bukan hanya cantik disebabkan kulit yang sihat dan mulus, malah tampak awet muda.

Meskipun sudah berusia 40-an, wajah mereka seakan-akan tidak bertambah tua setiap kali tampil dalam drama terbaharu.

Agak-agaknya, apa rahsia kecantikan mereka?

1. Jun Ji-hyun - Mendaki

Screenshot 2022-06-09 211208

Ji-hyun gemar mendaki demi menjaga kecantikannya. — Agensi

Jun Ji-hyun yang kini berusia 40 tahun kerap dipuji kerana kulitnya yang berseri selain tubuh yang menawan, meskipun sudah memiliki anak.

Kecantikannya itu rupa-rupanya berpunca daripada hobinya yang gemar mendaki bukit.

Setiap hari, aktres itu bangun seawal pukul 6 pagi untuk melakukan latihan pernafasan atau warm up sebelum berolahraga.

Ji-hyun juga melakukan aktiviti kardio serta memasuki kelas Pilates sebanyak tiga kali seminggu.

Malah, beliau juga gemar aktiviti berbasikal, berenang dan berlari untuk memelihara kesegaran tubuh.

2. Jang Nara - Urutan wajah

Screenshot 2022-06-09 211519

Jang Nara mengurut wajah selama 10 minit setiap hari. — Instagram

Wajah Jang Nara masih tidak berubah sama seperti beliau baru sahaja memulakan kariernya pada 2002.

Pelakon berusia 41 tahun yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga ini kelihatan muda seperti remaja.

Rutin harian untuk kecantikannya termasuk mengurut wajah setiap hari selama 10 minit, termasuk memberi tekanan ringan menggunakan jari jemarinya bermula dari rahang hingga ke telinga.

Aktiviti itu dipercayai dapat membantu mengurangkan bengkak sambil menganjalkan, serta mengangkat dan membentuk kulitnya.

3. Go Hyun-jung - Elak alat pemanas

1630775316-screenshot-20210904-083338-1-1

Hyun-jung kekal jelita meskipun berusia 51 tahun. — Agensi

Go Hyun-jung terkenal di Indonesia ketika membintangi drama Queen Seondeok pada 2009.

Sudah 13 tahun berlalu, namun kecantikannya masih tetap sama tanpa kedutan mahupun garis penuaan.

Bahkan, siapa sangka jika usianya kini sudah 51 tahun, lebih daripada setengah abad.

Katanya, hal ini terjadi kerana kebiasaannya beliau tidak menyalakan alat pemanas termasuk musim sejuk kerana dipercayai mampu membuatkan kulitnya kering.

Naib Juara Miss Korea 1989 ini juga sering menjalani terapi urutan wajah serta mengelakkan daripada menyentuh wajahnya jika tidak penting.

4. Ha Ji-won - Makan tiga biji lemon

00109126

Ji-won percaya, lemon mampu mencegah kedutan pada wajah. — Agensi

Amalan makan tiga biji lemon sehari oleh bintang Secret Garden ini menjadikan kulitnya tetap sihat dan berseri.

Katanya, hal ini kerana lemon yang bersifat masam mampu mencegah kedutan pada wajahnya.

Wanita berusia 43 tahun itu mencampur jus perahan lemon dengan air tonik, satu sudu madu serta air soda.

"Setiap kali saya minum ini, saya mendapat pujian tentang kulit saya pada keesokan harinya," katanya.

5. Song Hye-kyo - Ginseng

Screenshot 2022-06-09 212342

Hye-kyo menggunakan ginseng untuk mendapatkan kulit lembab,sihat dan awet muda. — Agensi

Bekas isteri pelakon Song Jong-ki ini masih dinobat sebagai salah seorang pelakon Korea Selatan paling cantik meskipun berusia 40 tahun.

Ini terbukti apabila beliau kerap dipilih menjadi duta jenama produk kecantikan dan jenama mewah.

Menerusi satu temubual, beliau mendedahkan bahawa penjagaan kulit yang mengandungi ginseng untuk mendapatkan kulit yang lembab, sihat dan awet muda.

"Seiring bertambah usia wanita, perubahan akan muncul di wajah anda tidak kira apa jua berlaku. Jadi, saya hanya mengelakkannya menerusi perawatan wajah dan kulit," katanya.

Beliau juga mula berolahraga dengan lebih teratur ketika meningkat usia 30-an dengan yoga, berjalan kaki atau berlari.

"Saya rasa apabila saya berolahraga dan berpeluh, kulit saya kelihatan lebih sihat," jelasnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram