Merawat rambut dan serikan muka, ini 5 manfaat halia buat anda


  • Sihat
  • Selasa, 07 Jun 2022

Halia mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. — Gambar hiasan

KITA semua sedar tentang manfaat kesihatan halia, tetapi tahukah anda bahawa ia juga boleh memberi manfaat kepada kecantikan?

Ia terkenal dengan faedah perubatan dan kesihatan dalam kehidupan seharian kepada penduduk dunia.

Namun, tidak semua orang menyedari manfaatnya untuk kecantikan kulit dan rambut.

Berikut merupakan lima manfaat kesihatan halia yang akan menggalakkan pertumbuhan rambut sihat serta peremajaan kulit.

1. Mengurangkan kedutan dan garis halus

template - 2022-06-06T193020.295

Halia dipercayai berfungsi untuk mengurangkan kedutan. — Gambar hiasan

Halia bertindak untuk mengurangkan kedutan kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.

Ia juga menghalang kerosakan elastin, yang merupakan salah satu punca utama kedutan dan garis halus.

Halia segar boleh digunakan dalam masakan untuk mendapat manfaat. Ia membantu memperbaiki penampilan kulit dengan membuang toksin berbahaya, merangsang peredaran, serta memastikan kulit menerima lebih banyak nutrien.

2. Memberi tona sekata dan kulit berseri

template - 2022-06-06T193517.939

Penggunaan halia juga berpotensi menjadikan kulit seseorang sekata dan berseri. — Gambar hiasan

Halia juga mengandungi gingerol antioksidan, yang boleh melawan tekanan oksidatif dan memberi anda warna kulit yang lebih sekata dan sihat.

Hirisan akar halia yang disapu pada muka anda, walaupun kedengaran pelik, boleh membantu memberi anda kesan yang menyegarkan.

Halia juga berfungsi untuk menyegarkan kulit anda sambil membersihkan, melawan cela dan menjadikan kulit anda lebih berseri.

3. Menguruskan kelemumur

Kelemumur juga boleh dirawat dengan halia. Sifat antiseptiknya membantu mengelakkan yis dan bakteria semula jadi yang menyebabkan kelemumur.

Sapukan minyak halia dua kali seminggu serta urutkan pada kulit kepala boleh membantu anda mengelakkan kelemumur.

4. Menggalakkan pertumbuhan rambut

F_71451

Halia juga merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut dan folikel. — Gambar hiasan

Halia meningkatkan aliran darah pada kulit kepala yang membantu menjadikan rambut anda selembut sutera dan berkilat secara serentak.

Halia juga merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan akar rambut dan folikel.

Tambahan pula, banyak asid lemak, vitamin dan mineral yang terdapat dalam halia boleh membantu menguatkan helaian rambut serta mencegah keguguran rambut.

5. Memudarkan parut

l-intro-1631726233

Sifat anti-radang dalam halia membantu mengurangkan kemerahan dan parut jerawat. — Gambar hiasan

Selain itu, halia mempunyai sifat antioksidan yang bertindak memudarkan parut pada kulit anda.

Sifat anti-radangnya juga membantu untuk mengurangkan kemerahan dan parut jerawat.

Ia juga merupakan bahan semula jadi yang melembutkan kulit sambil meningkatkan keanjalannya.

Malah, halia boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk membantu kulit dan rambut anda sihat.

Minyak halia, sebagai contoh, mudah didapati.

Dapatkan juga halia segar untuk mengeluarkan jus serta serbuk halia yang merupakan kaedah paling mudah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram