SEORANG lelaki rugi lebih RM30,000 selepas 300 ekor ayam ternakannya mati mengejut dalam kejadian di Ciranjang, Jawa Barat, Indonesia.
Difahamkan, ratusan ayam itu digunakan untuk menghasilkan telur tiba-tiba mati dalam tempoh seminggu tanpa diketahui sebabnya.
Malah, ayam itu sudah diternak selama dua tahun dan menjadi sumber penghasilan telur ayam.
"Pada awalnya mati kira-kira 10 ekor, kemudian jumlah kematian makin bertambah setiap hari sehingga mencecah 300 ekor," kata Dony.
Menurut Dony, ketika ini dia kehilangan sumber pendapatan kerana kesemua ayamnya mati mengejut.
Tambahnya, setakat ini dia tidak tahu apa punca kematian ayam ternakannya tetapi tidak menolak kemungkinan berpunca atas faktor cuaca. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram