Gagal curi kabel gara-gara pemandu kereta hitam


  • Tular
  • Khamis, 09 Jun 2022

Tangkap layar video percubaan mencuri kabel kedua-dua suspek yang tular di media sosial.

TINDAKAN dua lelaki yang cuba mencuri kabel elektrik tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi sebuah rakaman video, seorang suspek dilihat cuba mencapai kabel tersebut menggunakan sebatang pengait, manakala seorang lagi cuba memotongnya menggunakan sebilah gergaji.

Namun, cubaan mereka terhenti selepas ternampak sebuah kereta berwarna hitam melalui jalan bersebelahan mereka.

Keadaan yang tergesa-gesa itu memaksa mereka untuk berlalu pergi dari lokasi kejadian, sekali gus menyebabkan mereka gagal dalam cubaan mencuri kabel terbabit.

Video tersebut tular sejak Rabu dan mendapat pelbagai respons daripada netizen, termasuk perasaan marah dengan tindakan tidak bermoral tersebut, selain tidak kurang juga ada yang 'membahan' suspek kerana gagal melaksanakan misi berkenaan.

Masa dan lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan, manakala pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataaan berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

curi kabel elektrik, gagal, gergaji, tular