SERAMAI kira-kira 17 orang maut manakala 50 lagi cedera dalam satu kemalangan kereta api tergelincir berhampiran bandar padang pasir Tabas, Iran pada Rabu.
Berdasarkan laporan daripada pihak berkuasa tempatan, jumlah korban dijangka bertambah memandangkan operasi menyelamat mangsa nahas kereta api yang membawa kira-kira 350 penumpang masih dilakukan.
Dalam kejadian yang berlaku awal pagi Rabu, empat daripada tujuh gerabak kereta api tersebut dilaporkan tergelincir dari landasan dekat Tabas yang terletak kira-kira 547 kilometer (km) di tenggara ibu negara, Tehran, Iran
Menurut laporan itu lagi, lebih 12 orang berada dalam keadaan kritikal, dan dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.
Gabenor Tabas, Ali Akbar Rahimi berkata, nahas itu mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang dan jumlah kematian mungkin meningkat.
Sementara itu, salah seorang mangsa cedera memberitahu sebelum kejadian dia merasakan kereta api itu brek secara mengejut brek sebelum tergelincir dari landasan.
"Penumpang tercampak di dalam kereta seperti bola di udara," katanya
Insiden itu berlaku kira-kira 48km dari Tabas, di rel yang menghubungkan bandar itu ke pusat bandar Yazd.
Siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan, berdasarkan laporan awal, kereta api itu dipercayai tergelincir kerana bertembung dengan sebuah jengkaut yang berada di atas landasan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram