Jemaah masjid persoal tempat wudhu tidak mesra pengguna


  • Massa
  • Rabu, 26 Jan 2022

AMIR Farid Sabuddin juga beri cadangan untuk membuat kerusi konkrit agar jemaah masjid boleh duduk dengan selesa ketika mengambil air wudhu.  — Facebook

PENGGUNAAN tempat wuduk merupakan salah satu keperluan orang Islam untuk menunaikan ibadah dan jika tempat wuduk itu di sebuah masjid atau surau itu tidak selesa pasti mengundang marah pengguna.

Pengguna Facebook, Amir Farid Sabuddin meluahkan pendapatnya berhubung masalah tempat wudhu yang rata-rata hampir semua masjid di Malaysia mengalami masalah yang sama iaitu rekaannya yang tidak mesra pengguna.

tempat wudhu

TANGKAP layar hantaran Amir Farid Sabuddin

"Arkitek ini mungkin terlepas pandang statistik jemaah masjid yang 80% warga tua, lutut mereka bukan macam masa muda dulu. Boleh main bola atau panjat pokok kelapa. Lutut saya pun sudah berumur 55 tahun. Sengsara.," kata Amir Amir.

Malah, dia juga memberi cadangan untuk membuat kerusi konkrit agar jemaah masjid boleh duduk dengan selesa ketika mengambil air wudhu.

"Kenapa tidak naikkan sahaja stepping curb tu jadi concrete bench supaya jemaah boleh duduk dengan selesa. Tok siak (petugas pembersihan) pun senang nak bersihkan kahak jemaah.

"Bab rekaan kita boleh berkhayal tapi biar praktikal. Macam mana nak tahu praktikal? Datanglah masjid selalu," katanya.

Dalam pada itu, pengguna masjid lain turut meluah mengalami masalah yang sama dengan isu rekaan tempat wudhu seperti yang dibangkitkan oleh Amir dan berharap agar arkitek masjid boleh mengambil contoh masjid luar negara yang mesra jemaah masjid.

"Setuju tuan. Saya yang tidaklah tua lagi tapi kena heel bone fracture dan ada isu dengan lutut ini pun terasa payah kalau begini," jelas pengguna Facebook, Kamal Haziq.

"Setuju sangat-sangat! Rekaan macam begini memang gagal. Yang pertama kerana bahaya ekoran boleh tergelincir semasa nak basuh kaki. Yang kedua pula, aurat terdedah kerana pili rendah sangat," kata pengguna Facebook, Mohd Sukri Ismail.

"Pergi saja masjid di Singapura. Jimat air ada tempat pijak dan grating boleh letak kaki, atau posisi duduk pun selesa," kata pengguna Facebook, Zaki Afifi.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Masjid, masalah, tempat wudhu, orang tua