TULAR di media sosial seorang gadis bertudung yang bukan sahaja membantu keluarga mencari rezeki namun turut melakukan pekerjaan yang selalu dimonopoli kaum lelaki.
Gadis berhijab yang masih bersekolah menengah itu menarik perhatian warganet apabila videonya bekerja sebagai pembancuh simen dimuat naik di TikTok.
Dalam video tersebut, gadis berkenaan berada di sebuah tapak pembinaan dan dia turut mengangkut simen dari sebuah trak.
Gadis dikenali sebagai Nur Halisa itu turut memuat naik kapsyen agar selalu bersyukur dan tidak meninggi diri.
"Belajarlah menikmati apa yang kamu miliki, itu akan membuat hidupmu lebih bernilai. Jangan lupa bersyukur, bantu orang tua. Jangan pernah sombong," kata Nur Halisa.
Video yang dimuat naik oleh Nur Halisa menerima tontonan sebanyak 4.7 juta dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
"MasyaALLAH, menjadi motivasi saya agar selalu bekerja dengan penuh syukur dan bersungguh-sungguh," kata pengguna TikTok, @madmag7.
"Semoga terus menjadi wanita sukses suatu hari kelak dan mendapatkan jodoh paling terbaik menurut ALLAH SWT," ujar seorang lagi pengguna TikTok, Tokopaedi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram