Wanita pesakit mental hayun pisau dalam masjid


  • Benua
  • Sabtu, 09 Apr 2022

Seorang jemaah (baju putih) cuba merampas pisau daripada tangan Y. — Agensi

SEORANG wanita dilaporkan memasuki masjid di Pesanggrahan, Jakarta Selatan, Jakarta, Indonesia sambil membawa sebilah pisau pada Jumaat.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Y, berusia 44 tahun dan dikatakan mempunyai masalah mental.

Perlakuan Y itu dirakam menerusi kamera keselamatan litar tertutup (CCTV).

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan Y memasuki masjid itu membawa sebilah pisau sebelum dihalang oleh para jemaah.

Para jemaah berjaya merampas pisau tersebut daripada tangan Y.

Menurut Ketua Polis Pesanggrahan, Nazirwan, kejadian itu berjaya ditangani dengan baik.

Tambahnya, penduduk setempat memang mengenali Y dan mengetahui wanita berkenaan mempunyai masalah mental.

"Kami menanganinya dengan bantuan pihak pentadbir masjid, rukun tetangga dan keluarga wanita itu.

"Kes itu tidak dibawa ke polis kerana penduduk setempat dan pihak pentadbir masjid mengenali wanita tersebut selama 10 tahun," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram