SEORANG wanita berusia 22 tahun maut selepas mengambil ubat menggugurkan kandungan.
Mangsa dikenali sebagai EC, meninggal dunia pada Rabu di Hospital Kepahiang, Bengkulu, Indonesia.
Hasil siasatan lanjut, polis mengenalpasti tiga suspek dalam kes berkenaan.
Ketiga-tiga suspek merupakan lelaki dan identiti mereka adalah AN (27), RO (27) dan DE (36).
AN merupakan kekasih mangsa namun mempunyai isteri dan seorang anak.
RO pula merupakan seorang pelajar manakala DE adalah kakitangan awam di Hospital Kepahiang.
Kertas siasatan dibuka selepas keluarga mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena berhubung kematian EC.
AN dan EC pernah mengadakan hubungan sulit sehingga mangsa disahkan hamil.
Apabila AN mengetahui mangsa hamil, dia memaksa EC menggugurkan kandungannya.
"Suspek menghubungi rakannya, RO dan kemudian RO bertemu DE di Hospital Kepahiang untuk membeli ubat-ubatan menggugurkan kandungan di farmasi di daerah berkenaan.
"Selepas mengambil ubat tersebut, mangsa muntah-muntah dan dirawat selama tiga hari di hospital sebelum meninggal dunia," kata Ketua Polis Kepahiang, Suparman pada Jumaat.
EC dirawat di hospital selama tiga hari sebelum meninggal dunia. — Gambar hiasan
Sementara itu, Pegawai Penyiasatan Jenayah Kepahiang, Doni Juniansyah berkata, mangsa dilaporkan mengambil enam tablet ubat-ubatan tersebut.
"Dua tablet diletakkan di bawah lidah mangsa manakala dua lagi tablet dimasukkan dalam organ mangsa.
"Dua lagi tablet diambil oleh mangsa pada masa yang sama.
"DE dikatakan memalsukan preskripsi doktor untuk mendapatkan ubat-ubatan berkenaan," kata Doni.
AN mengaku bersalah atas jenayah yang dilakukannya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram