Perdana Menteri Iraq terselamat, kediaman rasmi diserang dron


  • Benua
  • Ahad, 07 Nov 2021

MUSTAFA al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad. — Agensi

PERDANA Menteri Iraq, Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

"Sebuah dron cuba menyasarkan kediaman di Zon Hijau di Baghdad dan perdana menteri tidak cedera,” menurut kenyataan pejabat perdana menteri.

Sejurus selepas serangan itu, al-Kadhimi menerusi Twitter berkata beliau dalam keadaan "baik" dan meminta semua "bertenang demi untuk Iraq."

Sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram