RAMAI yang menyuarakan rasa ketidakpuashatian mereka berkaitan isu harga ikan siakap 'kayangan' di Pulau Langkawi, Kedah yang menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ini.
Ekoran itu, seorang pengguna laman Facebook, Shahrin Ayob tampil memberi ulasan tentang isu berkenaan sebagai pemandu pelancong yang kerap ke restoran terbabit.
Menurut Shahrin, dia sudah bertahun membawa masuk para pelancong ke restoran terapung dan berpendapat bahawa pekerja disana sudah memberi penerangan yang padat dan tepat kepada pelanggan mereka semasa mengambil pesanan.
"Sangkar ikan (restoran terapung) ini bukan sangkar komersial untuk membela ikan untuk dibela dan jual. Tetapi ianya dibela untuk education program (fish show) secara percuma bagi semua orang.
"Kos ditangung sepenuhnya oleh owner tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Ikan, udang, sotong dan lobster hidup yang dijual di dalam menu bukan diternak oleh mereka tetapi diperoleh daripada komersial fish farm serta nelayan tempatan," katanya sambil menambah, penjagaan hidupan laut memerlukan kos yang tinggi disebabkan bahan-bahan mentah termasuklah air yang diangkat menggunakan bot dari darat.
Apabila bercakap tentang harga makanan pula, Shahrin berasakan ia adalah suatu perkara yang subjektif mengikut tempat dan juga faktor-faktor lain.
Tambahnya lagi, ikan siakap yang dipilih oleh pelanggan tersebut adalah ikan yang digunakan untuk pertunjukkan dan membuat perbandingan harga dengan restoran lain.
"Kita sebagai penguna perlu bijak. Dalam kes ini, ikan siakap yang dipesan oleh pelanggan itu ialah ikan yang digunakan untuk pertunjukkan dan anggaran berat seekor adalah lima hingga tujuh kilogram.
"Ikan siakap di restoran Thai yang mata merah beku tu pun dah dalam RM7.00 hingga RM8.00 100g (1kg RM 70.00 - RM 80.00). Inikan pula ikan hidup yang dipesannya, sudah terpampang harga ikan tersebut di menu utama," ujarnya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat (5 November).
Perkongsian lelaki terebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet di Facebook, malah ada yang mendakwa Shahrin seperti menyebelahi pihak restoran terbabit.
TANGKAP layar beberapa komen warganet di Facebook mengenai ulasan yang dibuat oleh Shahrin.
"Alaah nak backup pulak, sudah la nasi dah jadi bubur. Orang tak percaya dah," tulis seorang pengguna Facebook, Lara Qummaira.
"Empat hari lepas makan di restoran terapung, restoran ini macam perhentian untuk makan. Okay je aku makan, memang mahal tapi janganlah melantak macam dekat kedai tepi jalan," kata seorang pengguna Facebook, John.
"Penjelasan saudara memang benar dan jelas. Siakap yang hidup dengan RM160.00/kg dah kira murah di resotran begitu. Kalau di Sabah siakap hidup RM 180.00/kg, itu belum lagi ikan kerapu bara, ikan mameng dan kerapu tkus yang harganya RM 480.0/kg," ujar seorang lagi pengguna Facebook, Amir Bangsa HJ Hamzah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram