Mesej pedih ulu hati De Gea terhadap peminat Man United


  • Podium
  • Ahad, 07 Nov 2021

DE GEA akui kecewa dengan kekalahan derbi Manchester United di tangan Manchester City malam tadi. — Getty Images

SETELAH kekalahan derbi 0-2 Manchester United kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu, David de Gea tampil menyampaikan mesej ringkas terhadap penyokong kelab itu.

Menjawab pertanyaan 13.4 juta pengikutnya di laman Twitter, de Gea mengakui bahawa beliau kecewa dengan keputusan kekalahan 0-5 ke atas Liverpool.

"Saya terluka," jawabnya ringkas.

Screenshot 2021-11-07 081647

Tangkap layar ciapan di laman Twitter de Gea.

Kenyataannya telah menerima ribuan Like dan Retweet, manakala penyokong Man United juga mempunyai pandangan sendiri terhadap bekas penjaga gol Atletico Madrid itu.

Pada masa sama, kekalahan itu telah menamatkan sebarang impian The Red Devils untuk merampas semula mahkota EPL musim ini.

Hasil daripada kekalahan keempat musim ini, kelab gergasi Old Trafford itu kini ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga Chelsea, yang begitupun sekadar seri 1-1 menentang Burnley di Stamford Bridge dalam satu lagi aksi EPL pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram