MESKIPUN kini menggalas cabaran bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), Liga Jepun tetap mengenang sumbangan Marcos Guilherme sepanjang tempohnya beraksi di Negara Matahari Terbit itu.
Akaun rasmi J-League International baru-baru ini memuat naik sebuah video di Instagram yang memaparkan aksi pemain sayap berusia 30 tahun itu ketika beraksi bersama kelab-kelab Jepun.
Sepanjang kariernya di Jepun, Guilherme pernah mewakili dua pasukan iaitu V-Varen Nagasaki dan FC Tokyo.
BACA LAGI: [VIDEO] Nostalgia kelab lama, Kipre pilih tak rai gol meski jadi hero Penang benam Sang Penyu
BACA LAGI: Tak belajar dari kesilapan, Syihan sekali lagi tinggalkan gawang undang amarah ekor Harimau Selatan
Pemain berketinggian 1.73 meter berkenaan merekodkan keseluruhan 93 penampilan dengan sumbangan 17 gol serta 20 bantuan jaringan untuk kedua-dua kelab tersebut.
Keputusan Guilherme menyertai JDT secara perpindahan tetap selepas tamat tempoh pinjaman bersama FC Tokyo sekali gus menamatkan pengembaraannya selama dua tahun di Liga Jepun.
Pemain sayap kelahiran Brazil itu merupakan antara tiga rekrut baharu Harimau Selatan bagi mengharungi baki kempen musim 2025/26, bersama rakan senegara, Yago Cesar da Silva serta pemain tengah Portugal, Rui Nene.
Yago Cesar sebelum ini beraksi bersama kelab Korea Selatan, FC Anyang, manakala Rui Nene pula pernah mewakili kelab Liga Super China, Yunnan Yukun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
