JENDELA perpindahan Liga Super kembali dibuka dengan semua kelab pastinya mahu membaiki skuad sedia ada dengan muka baharu.
Begitu juga dengan Selangor FC, mereka juga dikatakan serius dalam mendapatkan bakat baharu dalam kalangan pemain import bagi menguatkan skuad.
Dilaporkan, Selangor sudah berjaya mendapatkan bekas pemain antarabangsa Mali iaitu Mahame Siby.
BACA LAGI: Seri lawan Fulham, Wirtz terkejut jaringannya dikira pengadil
BACA LAGI: [VIDEO] Dendam, rekod lama buatkan JDT-Selangor jadi pilihan awal undian Piala Malaysia
Menurut pemerhati bola sepak Thailand, Offeris Wichitchote, pemain tengah bertahan berusia 29 tahun itu sudah pun bersetuju untuk menyertai Selangor.
Siby hadir dengan reputasi tinggi apabila dia pernah beraksi dalam saingan Liga Perancis bersama-sama Bastia, Strasbourg dan Paris FC.
Kini, dia bersama-sama Malmo di Sweden dengan kontraknya sepatutnya tamat pada Disember 2026.
Mempunyai 129 penampilan dalam kariernya, sejarah Siby bagaimana pun dilihat meragukan apabila dia pernah berehat panjang akibat kecederaan.
Pada 2002, Siby pernah mengalami kecederaan serius semasa beraksi perlawanan ketiga untuk Malmo hanya selepas 30 minit perlawanan bertemu Sirius.
Kecederaan di bahagian pinggul dialaminya pada perlawanan tersebut menyebabkan Siby terpaksa berehat selama setahun.
Rekod kecederaan tersebut seharusnya diberi perhatian serius oleh Selangor, walaupun sudah lama berlalu namun ia berpotensi menghantui Siby kembali jika tidak diuruskan dengan baik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
