PEMAIN Liverpool, Florian Wirtz meneruskan rekod baiknya di depan gol apabila berjaya terus tajam walaupun The Reds sekali lagi keciciran mata.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham pada Ahad, Wirtz menjaringkan gol untuk Liverpool pada separuh masa kedua.
Sebagai rekod, ia adalah jaringan keduannya dalam EPL selepas memecah badi pada aksi menentang Wolverhampton Wanderers.
BACA LAGI: [VIDEO] Dendam, rekod lama buatkan JDT-Selangor jadi pilihan awal undian Piala Malaysia
BACA LAGI: Jumpa apa dicari, Jovan Motika setia bersama NSFC biarpun dikejar Selangor
Namun begitu, di sebalik jaringan tersebut timbul kontroversi kerana jaringan Wirtz itu pada mulanya dikira ofsaid oleh penjaga garisan.
Selepas pemeriksaan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR), gol itu kemudiannya dikira dan itu membuatkan pemain Jerman tersebut terpaku.
Wirtz dilihat tidak meraikan jaringan tersebut kerana menurutnya, dia sedar dirinya berada dalam kedudukan ofsaid.
"Saya yakin yang ia adalah ofsaid, sebab itu saya tidak raikan jaringan itu. Saya gembira yang saya jaringkan gol tapi saya lebih rela dapatkan tiga mata.
"Kami sedar yang tiada perlawanan mudah dalam liga ini. Intensiti yang kami bawa ke padang pada separuh masa kedua adalah lebih baik. Kami tidak menekan Fulham dengan baik pada separuh masa pertama namun kami lakukannya pada pada separuh masa kedua," ujar Wirtz.
Berdasakan penjelasan, gol Wirtz itu dikira kerana penilaian sistem semi-automatik ofsaid EPL membenarkan jurang sebesar 5mm jika berlakunya situasi tight call.
Sebagai perbezaan, gol Wirtz itu tidak akan dikira sekiranya terjadi semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) kerana dalam kejohnanan itu, jurang yang dibenarkan cumalah 1mm.
Gol Wirtz itu membantu Liverpool menyamakan kedudukan selepas ditinggalkan oleh jaringan Harry Wilson pada separuh masa pertama.
Cody Gakpo menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan sebelum Harrison Reed menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir permainan untuk menafikan tiga mata buat Liverpool. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
