PIALA Malaysia kembali lagi dengan undian bagi pusingan awal akan dilakukan pada Jumaat.
Tiga kelab dari saingan Liga A1, Perak, UM-Damansara United dan Kelantan Red Warrior (KRW) menjadi tumpuan dalam usaha mereka melakukan kejutan terhadap lawan dari Liga Super.
Tumpuan semestinya terarah kepada Perak yang dianggap sebagai calon untuk melakukan kejutan di Piala Malaysia kali ini.
BACA LAGI: Jumpa apa dicari, Jovan Motika setia bersama NSFC biarpun dikejar Selangor
BACA LAGI: Piala Thomas: Jangan bergantung kepada Zii Jia — Roslin Hashim
Keterujaan itu turut dirasai oleh penyokong skuad Seladang dengan mereka memasang impian untuk bertemu dengan jaguh dari Liga Super.
Dalam perkongsian oleh media rasmi Perak di media sosial mereka, rata-rata penyokong skuad Seladang mahu kelab mereka diundi bertemu dengan Selangor FC.
Didorong dengan dendam lama antara dua negeri itu dalam bola sepak, undian bertemu Selangor dilihat ideal buat Perak.
"Kita mesti akan bertemu dengan Selangor juga, kita balas dendam sebab kita pernah seri jadi nak dengan Selangor juga," kata seorang penyokong.
"Mungkin Selangor, atau pun Negeri Sembilan FC," ujar seorang lagi penyokong.
Dalam yang sama, ramai juga berharapkan Perak akan diundi bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pusingan awal.
Berbekalkan sejarah pernah menewaskan Harimau Selatan pada 2016, mereka yakin Perak boleh memberikan saingan serupa walaupun keputusan mungkin berbeza.
"Kalau di pusingan awal, harap dapat jumpa JDT, sebab kita pun pernah kalahkan mereka. Pada saya, peluang itu besar," komen salah seorang penyokong.
"Saya rasa, kalau boleh biar JDT. Kita cuba dulu," jelas seorang lagi penyokong. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
