KETEGANGAN di Manchester United dilaporkan semakin memuncak apabila keluarga Glazer dikatakan tidak berpuas hati dengan perkembangan semasa kelab terutamanya membabitkan prestasi pengurus, Ruben Amorim.
Menurut sumber seperti yang dikongsikan di laman X oleh @indykaila, pemilik majoriti itu mahu perubahan dilakukan, walaupun rakan kongsi mereka, INEOS yang diketuai Sir Jim Ratcliffe lebih cenderung memberi Amorim lebih masa untuk memperbaiki keadaan.
Keluarga Glazer dilaporkan bimbang prestasi tidak menentu di bawah Amorim boleh menjejaskan model perniagaan kelab terutamanya dengan perebutan slot Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim ini yang semakin sengit.
BACA LAGI: Diangkat sebagai titik kebangkitan Sabah, Kim Swee antara ikon Sang Badak kenang jasa Bung Moktar
BACA LAGI: Bukan sekadar 3 mata, aksi hadapi PDRM ibarat pemanas badan Sabah menjelang final Piala FA

Pengurus Man United, Ruben Amorim dilaporkan dipecat.
Dengan tekanan daripada penyokong yang semakin meningkat, mereka percaya perubahan di kerusi pengurus mungkin mampu mengubah hala tuju pasukan.
Walaupun INEOS kini mengendalikan operasi bola sepak kelab, Glazer dikatakan merasakan mereka perlu campur tangan dalam menentukan masa depan pengurusan pasukan.
Susulan itu, satu mesyuarat peringkat tertinggi dijangka diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perbezaan pendapat antara dua pihak pemilik tersebut dan memutuskan hala tuju Manchester United.
Detik itu dianggap sangat penting buat kelab dengan penyokong semakin lantang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Hal ini kerana, prestasi yang dipamerkan oleh Manchester United ketika ini tidak menepati harapan penyokong.
Untuk rekod, skuad The Red Devils kini menghuni tangga kelapan dengan mengutip 22 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya mencatatkan enam kemenangan, empat kekalahan dan empat seri selepas 14 perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
