DEBUT pempengaruh terkenal, Yusuf Azmi dalam kejohanan seni mempertahankan diri tidak berjalan seperti mana diharapkan selepas dia tewas kepada wakil Indonesia, Yunus Martin dalam aksi Warzone World Championship (WWC).
Dalam pertembungan yang berlangsung pada Ahad, peninju lawan hanya memerlukan tiga pusingan untuk menundukkan wakil negara itu.
Meskipun pertandingan itu pernah terpalit dengan kontroversi, ia masih berjaya menarik jumlah tontonan cukup baik daripada peminat sukan tempur dari dalam dan luar negara.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Patut Jojo sekolahkan orang tua, mak bapak jangan terkejut kalau anak jadi samseng'
Malah, kekalahan Yusuf Azmi juga tidaklah begitu mengecewakan kerana penonton beranggapan dia masih 'mentah' dalam seni mempertahankan diri.
Bagaimanapun, rata-rata peminat mula menyedari terdapat kelemahan ketara ditonjolkan pempengaruh tempatan itu, iaitu dari segi kecergasan yang jelas kelihatan pada pusingan ketiga perlawanan.
"Saya dah agak dah, dari awal selalu kongsikan video berlatih tu, boleh nampak dah akan tersembam. Stamina tu perlu jadi lebih baik, barulah hujung-hujung itu tidak jadi 'kung fu mabuk'.
"Tetapi, kira okay juga, lawan dalam gelanggang barulah anak jantan. Lain kali, kalau tahu sudah mahu kalah, buka terus buah silat," kata Zaky Zamany.

Yusuf Azmi (kanan) tewas pada percubaan kali pertama melangkah ke sukan pertempuran.
"Tidak mengapa Yusuf Azmi, ini baru perlawanan pertama. Kena berlatih lagi, jaga stamina dan lawan semula dengan Yusuf Kanda. Dia boleh lawan sambil tersengih," kata Shafiq's Here.
"Pertama kali masuk gelanggang, Yusuf Azmi kira baik lah. Pada masa akan datang, perlu lebih latihan dan stamina, faktor umur dan masa bekerja lebih pun boleh menyebabkan keletihan dan tenaga berkurangan," kata Azlan Sulaiman Azlansulaiman.
Dalam saingan WWC yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad, beberapa aksi mendebarkan berlangsung, termasuk perlawanan antara Jordan Boy dan Devan Febra.
Kejohanan yang berlangsung di Arena 9 Nilai, Negeri Sembilan itu sebelum ini terpalit kontroversi selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyatakan tiada kelulusan diberikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
