PETARUNG muda tanah air, Johan Ghazali atau lebih mesra dengan sapaan Jojo sudah meramal kekalahan Yusuf Azmi dalam acara kemuncak Warzone World Championship (WWC) di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad.
Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia atau lebih dikenali Kanda Yusuf Azmi, lebih-lebih lagi dalam kalangan pengikutnya itu tumbang kepada petinju Indonesia, Yunus Martin menerusi kemenangan teknikal knockout (TKO) selepas tiga pusingan bertarung.
Menerusi Insta Story yang dimuat naik pada Isnin, bintang Muay Thai negara itu menyindir Yusuf dengan Johan sudah 'meramal' lebih awal akan kekalahan aktivis berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Patut Jojo sekolahkan orang tua, mak bapak jangan terkejut kalau anak jadi samseng'
"Tolong tolong jangan send (hantar) aku video tu. Tolonglah. Cukup, tak payah send link TikTok, tak payah send video tu. Aku tak nak tengok. Aku tak nak tengok sebab aku tahu benda ini akan jadi.
"Bila bercakap semua boleh buat, semua world champion boleh cakap. Bila dah cuba baru tahu," kata Jojo dalam video berkenaan sambil membuat 'shushing gesture' iaitu gerak tubuh yang memberi isyarat supaya Yusuf diam sahaja.
Terdahulu, Jojo menerusi satu komen di media sosial menegur penyertaan Yusuf dalam kejohanan berkenaan dengan mendakwa kehadirannya hanya menjejaskan imej seni tempur tempatan.
“Sudah-sudahlah memalukan sukan ini, pak cik. Kalau orang tua perangai macam budak, siapa nak hormat? Kami bangunkan Muay Thai dari kosong, bukan untuk drama murahan,” katanya.
Tidak berdiam diri, Yusuf membalas kenyataan tersebut dengan menegaskan Jojo tidak perlu campur tangan sekiranya kejohanan Warzone bukan di bawah tajaan atau pembiayaan pihaknya.
“Kalau acara ini ada guna dana awak, maklumkan. Tapi kalau tiada, lebih baik jaga urusan awak sendiri. Warzone tak pernah ganggu hidup awak,” ujarnya dalam satu hantaran balas.
Yusuf turut menegaskan bahawa Warzone diwujudkan sebagai platform anak muda mengetengahkan bakat dalam sukan tempur dan bukan bertujuan menyaingi mana-mana organisasi yang sudah bertapak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
