Nafuzi 'berpeluh', 3 kelab enggan lepas pemain utama harung Sukan SEA


  • Podium
  • Jumaat, 05 Dis 2025

Sebahagian sesi latihan akhir skuad Harimau Muda menjelang aksi bertemu Laos pada Sabtu. — Facebook/FAM

KETUA jurulatih skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan (B-23), Nafuzi Zain berdepan cabaran besar menjelang saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2025 di Bangkok apabila tiga tonggak utama pasukan dilaporkan tidak mendapat pelepasan kelab.

Skuad Harimau Muda dijadualkan menentang Laos dalam aksi pembukaan di Stadium Rajamangala, Thailand pada Sabtu.

Ketiadaan tiga pemain penting itu dijangka menjejaskan perancangan Nafuzi yang pastinya mahu membuka kempen dengan kemenangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Khyril Muhymeen tolak tawaran 'tak masuk akal' JDT kerana arwah ibu

BACA LAGI: [VIDEO] Hatrik lawan, kad merah 'midfield' jadi penamat tragis kali terakhir Sabah ke pentas final

Fergus Tierney (dua kiri) antara pemain yang tidak dilepaskan oleh kelab untuk saingan Sukan SEA di Thailand. — Facebook/sabahfc

Menurut perkongsian pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam, tiga pemain yang terlibat ialah bek kental Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili, tonggak utama Selangor FC, Aliff Izwan Yuslan serta penyerang Sabah FC, Fergus Tierney.

“Fergus Tierney, Aliff Izwan Yuslan dan Ubaidullah Shamsul Fazili tidak mendapat pelepasan kelab menjelang aksi pertama bertemu Laos. Nafuzi Zain ketika ini hanya mempunyai 19 pemain menjadikan misi ke separuh akhir tampak lebih sukar," katanya.

Bagaimanapun, skuad kebangsaan boleh menarik nafas lega apabila dilaporkan Ubaidullah bakal kembali ke Bangkok untuk membantu pasukan ketika menentang Vietnam pada 11 Disember nanti.

“Ubaidullah mungkin hanya sertai pasukan berdepan Vietnam,” tambahnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram