[VIDEO] 'Kalah dalam menang', kejayaan terakhir Selangor di Filipina tak cukup mara jauh di Asia


  • Podium
  • Rabu, 03 Dis 2025

Pemain Selangor meraikan kemenangan ketika bertemu Dynamic Herb Cebu. — AFC

PERJUANGAN Selangor FC di pentas antarabangsa diteruskan apabila mereka terbang ke Filipina untuk berdepan Dynamic Herb Cebu dalam aksi Piala Shopee pada Rabu.

Ia adalah peluang terakhir untuk Selangor mencapai sesuatu yang bermakna di peringkat antarabangsa untuk musim ini.

Kembali ke Stadium Memorial Rizal di Manila memberikan kenangan manis tapi pahit buat Selangor pada musim lalu.

BACA LAGI: Nasib berbeza bintang Man United, Onana malang, Mbeumo terus cemerlang

BACA LAGI: [VIDEO] Calon SPM berenang selamat, kini ditempatkan di asrama — JPN Pahang

Hal ini kerana, pada musim 2024/2025 di lokasi serupa menentang lawan yang sama, Selangor menelan hakikat pahit tersingkir di peringkat Asia walaupun menewaskan Cebu.

Berdepan misi wajib menang dalam aksi terakhir kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACLTwo), Selangor ketika itu memberikan segalanya dalam perlawanan tersebut hingga berjaya menewaskan Cebu 4-0.

Dua gol daripada Yohandry Orozco, serta oleh Noaa Laine dan Alvin Fortes memberikan tiga mata penting buat Selangor ketika itu.

Namun begitu, ia tidak cukup untuk membolehkan Selangor ke pusingan kalah mati apabila mereka menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan.

Hal ini kerana, saingan terdekat iaitu Muangthong United menghasilkan kemenangan 1-0 ke atas Jeonbuk Hyundai Motors sekali gus menamatkan saingan dengan 11 mata sementara Selangor cuma 10 mata.

Perlawanan pada Rabu memberikan konteks berbeza tapi misinya tetap sama, tiga mata yang diraih mampu mencerahkan peluang Selangor untuk mara ke pusingan seterusnya.

Penyokong sudah cukup kecewa dengan prestasi musim ini, jadi jika mampu mara jauh dalam Piala Shopee ia cukup baik untuk kelab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram