SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tindakan mereka memberikan tekanan kepada peguam ahli perniagaan, Albert Tei iaitu Mahajoth Singh yang dikatakan mengelirukan dan tidak mengikut undang-undang.
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Selasa, SPRM mengatakan yang tindakan mereka adalah berdasarkan Seksyen 30(1), Akta SPRM 2009.
Ia menyebut yang pegawai penyiasat SPRM berhak untuk memanggil mana-mana individu untuk hadir dan memberikan dokumen atau rakaman diperlukan untuk siasatan mereka.
BACA LAGI: Nasib berbeza bintang Man United, Onana malang, Mbeumo terus cemerlang
BACA LAGI: Shamsul Iskandar hanya diam, Albert Tei jerit luah rasa tidak adil ditahan semasa permohonan reman
"Tiada pengecualian diberikan kepada pengamal undang-undang, dan cadangan sebaliknya adalah tidak berasas dari sudut undang-undang.
"Dakwaan tekanan itu tidak berasas. Notis tersebut adalah proses statutori rutin dan tidak sekali-kali mengganggu kemampuan peguam untuk mewakili anak guamnya," kata SPRM.
SPRM turut mengatakan yang ia adalah perkara normal untuk mereka memanggil individu yang mempunyai maklumat bagi membantu siasatan.
Tindakan SPRM adalah kerana mereka menganggap Mahajoth mempunyai bahan yang diperlukan dalam siasatan.
SPRM turut menegaskan keistimewaan peguam–anak guam melindungi nasihat guaman, namun ia tidak mengecualikan seorang peguam daripada hadir di hadapan penyiasat, tidak melindungi bahan yang tidak berkaitan dengan nasihat guaman, dan tidak menghalang siasatan jika peguam tersebut merupakan saksi material.
"Dia (Mahajoth) mempunyai kewajiban undang-undang untuk mengemukakan bahan tersebut apabila dikehendaki di bawah Seksyen 30(3).
"Keengganan berbuat demikian boleh dianggap sebagai tindakan menghalang penjawat awam daripada menjalankan siasatan," ujar SPRM.
Pada 30 November, Lawyers for Liberty (LFL) mengkritik SPRM kerana mengeluarkan notis memanggil Mahajoth untuk disoal siasat berhubung siasatan yang sedang dijalankan melibatkan Tei.
Pengarah LFL, Zaid Malek, yang juga mewakili Tei, berkata tindakan itu luar biasa dan tidak sah, serta menimbulkan kebimbangan mengenai proses undang-undang dan integriti siasatan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram
