SELEPAS gagal membantu Cameroon untuk layak ke Piala Dunia 2026, kedudukan penjaga gol, Andre Onana dalam skuad negaranya semakin terancam.
Selepas menjadi 'buangan' bersama kelabnya, Manchester United hinggakan perlu bermain di Turkiye, Onana menerima nasib serupa dalam skuad Cameroon apabila namanya digugurkan.
Namanya digugurkan oleh Cameroon menjelang Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang bermula pada 21 Disember.
BACA LAGI: Arsenal berdepan risiko didenda lepas gagal tumpaskan Chelsea
BACA LAGI: Sambutan meriah, 200 pemain seluruh negara sertai Cabaran Golf Senior Melaka 2025

Senarai 28 pemain Cameroon dipanggil untuk AFCON.
Dalam pengumuman skuad 28 pemain Cameroon ke kejohanan tersebut, nama Onana tidak terselit buat pertama kali sejak mula mewakili negarannya pada 2016.
Tiada alasan rasmi dikeluarkan mengatakan sebab kenapa dia disingkirkan, namun laporan ada menyebut hubungan tidak baik Onana dengan bekas jurulatih, Rigobert Song menjadi faktor.
Jurulatih Cameroon, David Pagou kemudiannya memanggil empat penjaga gol lain iaitu Simon Omossola, Devis Epassy, Simon Mgapandouetnbu dan Edouard Sombang.
Saat Onana berduka tidak dapat dipanggil, satu lagi bintang United iaitu Bryan Mbeumo dilihat bakal mengetuai cabaran Cameroon di AFCON apabila dia antara watak utama negaranya.
Selain Mbeumo, pemain Brighton & Hove Albion yang dikaitkan dengan United, Carlos Baleba turut dipanggil.
Cameroon diundi dalam kumpulan F bersama-sama juara bertahan, Ivory Coast, Gabon dan Mozambique. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
