Kim Swee disebut sudah lapor diri, mulakan tugas Pengarah Teknikal AMD


  • Podium
  • Rabu, 03 Dis 2025

Kim Swee dilaporkan sudah memulakan tugasan selaku Pengarah Teknikal di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

BEKAS jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee (OKS) dilaporkan sudah memulakan tugasan selaku Pengarah Teknikal di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Melalui perkongsian pemerhati sukan, Fina Nasrom, Kim Swee sudah pun memulakan tugas rasmi di AMD sebagai Pengarah Teknikal di sana berkuat-kuasa pada Rabu.

"Difahamkan Datuk Ong Kim Swee sudah mula tugasan hari pertama sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari pada Rabu.

BACA LAGI: Apa istimewanya Kim Swee sampai jadi rebutan?

BACA LAGI: Kim Swee tinggalkan Persik Kediri, Terengganu dan Sabah wajar segera 'buka tangan'

 

 

 

"Manakala bagi jawatan Pengarah Teknikal National Football Development Programme (NFDP) akan diumumkan selepas mesyuarat pada 10 Disember dengan Datuk Richard Schully disebut sebagai calon utama," tulisnya.

Sebelum ini, masa hadapan pengendali berpengalaman tanah air itu menjadi perhatian ramai selepas diumumkan bakal kembali ke Malaysia selepas meninggalkan kelab Indonesia, Persik Kediri minggu lalu.

Malah ada yang mengaitkan jurulatih berusia 54 tahun itu akan mengemudi sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur iaitu Terengganu FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram