Disember cukup penting buat Selangor, Gamel wajib dapat 9 mata 'boleh menang' elak musim terus 'lemau'


  • Podium
  • Selasa, 02 Dis 2025

Selangor berdepan tiga perlawanan Liga Super pada Disember.

KEKALAHAN Selangor FC dalam separuh akhir Piala FA kepada Sabah FC menambah garam di luka penyokong.

Selepas dimalukan di Asia, tumpasnya di Piala FA menutup ruang untuk Selangor memburu piala dengan prestasi mereka dalam Liga Super turut membimbangkan.

Memasuki Disember, Selangor kini menduduki tempat keempat dalam Liga Super namun jauh ditinggalkan penghuni tempat kedua, Kuala Lumpur City FC dengan tujuh mata.

BACA LAGI:‘Seakan ada sentuhan’, kedudukan Mukhairi dikatakan punca kenapa gol Selangor dibatalkan

BACA LAGI:Arsenal berdepan risiko didenda lepas gagal tumpaskan Chelsea

Perjalanan Selangor di Piala FA terhenti selepas kalah kepadaSabah.

Kekalahan di Piala FA menambah rasa kecewa penyokong terhadap kelab dan Disember boleh menjadi pengubat duka kerana Selangor beraksi dalam tiga aksi 'boleh menang' dalam liga.

Selangor bakal berdepan Penang FC, PDRM FC dan Melaka FC dalam liga dan Christophe Gamel tiada alasan untuk tidak memberikan sembilan mata.

Di atas kertas, Penang berdepan masalah prestasi dengan mereka menduduki tempat ke-11 selepas sembilan perlawanan dengan lima mata.

Sementara, PDRM pula menduduki tempat ke-10 dengan enam mata berdepan isu tunggakan gaji kritikal dengan Sang Saka Biru tidak beraksi seperti selalu kerananya.

Manakala Melaka menduduki tangga tercorot dengan tiga mata selepas lapan perlawanan.

Semua itu dilihat lawan yang boleh 'dimakan' oleh Selangor dan tiada alasan untuk mereka gagal meraih sembilan mata maksimum.

Tiga perlawanan itu sangat untuk penting Selangor dan ia mampu membentuk perjalanan Gergasi Merah dalam liga sama ada mampu atau tidak meraih kedudukan Asia.

Ini saja yang penyokong Selangor boleh harapkan kerana belum sampai pertengahan musim, pelbagai kisah-kisah buruk disajikan oleh kelab baik di dalam atau luar.

Jika ia tidak mampu dilaksanakan, tak tahu apa lagi boleh diharapkan kepada Selangor. — Majoriti

Amran Aminuddin, penyokong Selangor tersakiti.

*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram