Arsenal berdepan risiko didenda lepas gagal tumpaskan Chelsea


  • Podium
  • Isnin, 01 Dis 2025

Ramai pemain Arsenal dikenakan kad kuning semasa bertemu Chelsea.

ARSENAL gagal mengambil kesempatan di atas Cheslea yang bermain 10 orang apabila kedua-duanya seri 1-1 semasa pertemuan Liga Perdana Inggeris pada pagi Isnin, waktu Malaysia.

Keputusan seri itu menafikan hajat Arsenal untuk menambah jurang tujuh mata dengan pencabar terdekat, Manchester City selepas 13 perlawanan.

Keputusan seri itu nyata mengecewakan Mikel Arteta kerana gagal mendapatkan kemenangan penting bertemu seteru London.

BACA LAGI: ‘Seakan ada sentuhan’, kedudukan Mukhairi dikatakan punca kenapa gol Selangor dibatalkan

BACA LAGI: Sambutan meriah, 200 pemain seluruh negara sertai Cabaran Golf Senior Melaka 2025

Viktor Gyokeres menerima kad kuning pada separuh masa kedua.

Lebih perit, selepas gagal mendapatkan tiga mata, Arsenal berpotensi berdepan hukuman denda selepas apa yang dilakukan oleh para pemain Arteta dalam perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan panas melibatkan kedua-dua kelab itu, pemain Arsenal mengutip tujuh kad kuning dalam perlawanan tersebut.

Martin Zubimendi, Cristhian Mosquera, Riccardo Calafiori dan Piero Hincapie mengutip kad kuning semasa separuh masa pertama perlawanan.

Sementara dua pemain gantian, Myles Lewis-Skelly dan Viktor Gyokeres menerima nasib serupa pada 45 minit kedua.

Sebagai perbandingan, Chelsea hanya mengutip dua kad dengan Marc Cucurella dikenakan kad kuning sementara Moses Caicedo dibuang padang.

Dengan tujuh kad kuning dikutip Arsenal, mereka sebenarnya sudah melanggar peraturan ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA England) mengenai displin pemain.

Arsenal didenda £25,000 (RM136,000) kerana kesalahan mengutip enam kad kuning atau lebih dalam satu-satu perlawanan.

Ia mengulangi kesalahan serupa dilakukan oleh Arsenal ketika mereka menentang Liverpool pada Februari 2024.

Chelsea pula walaupun menerima kad merah tidak dikenakan tindakan denda oleh FA England kerana jumlah kad yang dikutip mereka tidak melebihi had dibenarkan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram