TUGAS baharu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.
Tengku Zafrul yang menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri atas kapisiti senator menamatkan tempoh perkhidmatannya pada Selasa dengan Anwar mengatakan menteri itu masih ada tugas yang perlu dilakukan.
"Dia akan terus bertugas dengan tanggungjawab baharu yang akan diumumkan pada Rabu," kata Anwar.
BACA LAGI: Masalah penduduk Puncak Arabella terputus hubungan selesai, jalan dibuka semula awal pagi Sabtu
BACA LAGI: Shamsul Iskandar hanya diam, Albert Tei jerit luah rasa tidak adil ditahan semasa permohonan reman

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. — The Star/KAMARUL ARIFFIN
Sebagai rekod, Tengku Zafrul bertugas sebagai senator sejak 2020 dengan dia akan menamatkan perkhidmatannya di Dewan Negara pada Selasa.
Sebelum itu, dia dilantik untuk penggal kedua di dewan sama pada Disember 2022.
Tengku Zafrul sudah berkhidmat sebagai senator untuk tiga Perdana Menteri dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin melantiknya ke dalam kabinet pada 2020.
Dia kemudiannya berkhidmat untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kini bersama Anwar.
Pada November, Tengku Zafrul memberitahu Anwar mengenai niatnya untuk membantu penggantinya selepas tempoh sebagai menteri tamat. — The Star/RAHIMY RAHIM
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
