‘Seakan ada sentuhan’, kedudukan Mukhairi dikatakan punca kenapa gol Selangor dibatalkan


  • Podium
  • Isnin, 01 Dis 2025

Situasi yang melihatkan gol Selangor dibatalkan kerana ofsaid.

PERJUANGAN Selangor FC di Piala FA berakhir di peringkat separuh akhir selepas tumpas kepada Sabah FC menerusi penentuan sepakan penalti selepas agregat terikat 5-5.

Selangor bagaimana pun mempunyai peluang untuk mendapatkan gol namun mereka dinafikan dengan keputusan pengadil yang membatalkan jaringan Chrigor Moraes pada masa tambahan.

Melihat kepada ulang tayang, gol itu kelihatan tiada masalah dan sepatutnya dikira dan diberikan kepada Selangor.

BACA LAGI: Arne Slot masih belum 'selamat', Mourinho-Ranieri tetap dipecat semusim selepas menang EPL

BACA LAGI: Sukan SEA: Haqimi Azim mahu bawa Malaysia ke final sebagai jasa terakhir

 
 
 
 
 
 

Namun begitu, penjelasan oleh Referee Kampung di laman Threads memberikan gambaran mengapa jaringan tersebut tidak dikira pengadil walaupun kelihatan seperti tiada kesalahan.

Hal ini kerana, penjaga garisan dilihat mengambil kira kedudukan pemain Selangor bernombor 10 iaitu Mukhairi Ajmal yang dilihat berada pada kedudukan ofsaid.

Kedudukan ofsaid itu berlaku semasa Chrigor sedang cuba menolak bola masuk ke gawang dengan Mukhairi kelihatan berada sedikit di depannya.

"Sentuhan terakhir dari pemain nombor 10 yang berada di kedudukan ofsaid yang dihukum," katanya.

Malangnya, ulang tayang tersebut tidak disertakan dengan kamera dari arah bertentangan (reverse angle) dan disebabkan itu, sukar untuk penonton di rumah menilai sama ada keputusan pengadil adalah tepat atau tidak.

Apa yang pasti, detik itu adalah titik penting kepada perlawanan tersebut dengan Selangor kemudiannya tumpas dalam penentuan sepakan penalti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram