[VIDEO] Faisal Halim, Nur Syazwani sah bercerai talak dua


  • Podium
  • Jumaat, 28 Nov 2025

Faisal dan Nur Syazwani disahkan bercerai untuk kali kedua.

BINTANG Selangor FC, Faisal Halim sah berpisah dengan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril dengan talak dua pada Jumaat.

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor dengan Faisal diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Manakala Nur Syazwani diwakili oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie.

BACA LAGI: Nafuzi Zain mungkin hilang bintang Selangor-TFC-Penang jika aksi Sukan SEA dipinda angkara banjir

BACA LAGI: Bergson, Ronald Ngah, Mabella bersaing gelaran 'kadar penyudah' paling tinggi di Liga Super

"Mahkamah sudah mengesahkan talak dan rujuk berlaku dengan talak pertama jatuh pada 11 Jun 2025 dengan rujuk pun dilakukan pada tarikh yang sama.

"Talak kedua pada 10 November 2025 semasa 4.20 petang, itu pun sudah disabitkan oleh mahkamah. Jadi mereka sudah pun bercerai untuk kali kedua dengan Nur Syazwani dalam proses iddah," kata Akberdin.

Tambah Akberdin lagi, penyelesian mengenai perkara-perkara lain antara kedua-dua pihak akan dilakukan.

Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai Nur Syazwani memfailkan penceraian terhadap Faisal selepas kedua-dua nama terpampang di papan mahkamah sama, September lalu.

Namun begitu, proses itu tidak diteruskan kerana kedua-duanya rujuk semula pada waktu tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram