Nafuzi Zain mungkin hilang bintang Selangor-TFC-Penang jika aksi Sukan SEA dipinda angkara banjir


  • Podium
  • Jumaat, 28 Nov 2025

Beberapa pemain bakal dipanggil pulang dari skuad Sukan SEA kerana tugasan Liga Super.

JURULATIH skuad bawah 23 (B-23) tahun Malaysia, Nafuzi Zain mengakui bakal berdepan situasi sukar apabila skuadnya mungkin akan kehilangan beberapa pemain apabila acara bola sepak Sukan SEA di Thailand bermula.

Diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam dan Laos, Nafuzi mungkin akan kehilangan beberapa pemain akibat situasi banjir yang melanda negara itu.

Malah, dia turut bersedia sekiranya ada pemainnya yang dipanggil kerana tugasan Liga Super yang masih berjalan ketika itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis terpaksa guna pemedih mata, 17 orang kena kad merah dalam aksi Piala Bolivia

BACA LAGI: Bergson, Ronald Ngah, Mabella bersaing gelaran 'kadar penyudah' paling tinggi di Liga Super

Untuk rekod, acara bola sepak Sukan SEA akan bermula pada 3 hingga 18 Disember.

Ketika itu, beberapa kelab yang mempunyai wakil dalam skuad Sukan SEA iaitu Terengganu FC, Penang FC dan Selangor FC semuanya beraksi pada tempoh tersebut dalam tugasan Liga Super pada 5 hingga 7 Disember.

Bagi Nafuzi, dia bersedia untuk berdepan situasi di mana pemain-pemain dari kelab itu dipanggil semula kerana Sukan SEA dijadualkan di luar kalendar FIFA.

"Walaupun pemain berlatih dengan skuad kebangsaan, jika ada perlawanan liga, mereka akan pulang semula ke kelab masing-masing.

"Jadi kami tidak akan boleh menggunakan khidmat beberapa pemain pada aksi pembukaan termasuklah mereka yang dari Terengganu, Selangor dan Penang," jelas Nafuzi.

Malaysia akan turun menentang Laos pada 6 Disember sebelum berdepan Vietnam, lima hari kemudian.

Pada aksi bertemu Laos, Malaysia berkemungkinan tempang tanpa beberapa pemain seperti Ubaidullah Shamsul, Haziq Kutty Abba dan Izwan Yuslan.

Namun begitu, mereka boleh diturunkan apabila Malaysia berdepan Vietnam. — The Star/ADAM ZAMRI

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram