Taufan Senyar: Warga emas maut langgar pokok tumbang di Melaka


  • Kes
  • Jumaat, 28 Nov 2025

Anggota bomba semasa di lokasi kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh kecil.

SEORANG warga emas menjadi mangsa pertama Taufan Senyar yang membadai Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat apabila individu tersebut melanggar pokok tumbang akibat tiupan angin kuat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian yang berlaku semasa 3 pagi berlaku dekat Aeon Mall Seremban 2 dengan pokok tersebut tumbang lalu menghalang jalan.

Mangsa berusia 61 tahun mengalami kecederaan apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh pokok berkenaan.

BACA LAGI: Bergson, Ronald Ngah, Mabella bersaing gelaran 'kadar penyudah' paling tinggi di Liga Super

BACA LAGI: Tak sempat keluar peluh, import Selangor FC tinggalkan kelab

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Seorang penunggang motosikal berusia 61 tahun melanggar pokok dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Dalam kejadian lain pada waktu lebih kurang sama, sebatang pokok jatuh menghempap kereta di sebuah parkir dekat Hotel Ehsan Sea View di Port Dickson, namun tiada mangsa dilaporkan," katanya.

Pihak bomba turut mengesahkan berlakunya kejadian tanah runtuh berskala kecil di Taman Bukit Berlian sekitar 4 pagi dengan dua buah rumah terkesan.

Enam mangsa dipindahkan sementara pihak bomba memantau keadaan semasa.

Rentetan keadaan semasa, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Port Dickson bagi membantu mangsa banjir.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, 23 mangsa dari sembilan keluarga dipindahkan ke PPS di Permatang Pasir dan 70 lagi mangsa dari 10 keluarga diletakkan di Sekolah Kebangsaan Jimah.

Di Melaka, seorang mangsa berusia 49 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya melanggar pokok tumbang pada Jumaat.

Kejadian berlaku di Jalan Selandar menghala Machap pada 6.57 pagi itu berpunca daripada angin kuat akibat Taufan Senyar.

"Walaupun kematian itu bukan akibat langsung ribut tropika Senyar, ia jelas berpunca daripada situasi berisiko yang berlaku susulan ribut berkenaan.

"Keadaan tanah yang lembut akibat hujan berpanjangan meningkatkan risiko pokok tumbang dan tanah runtuh walaupun kelajuan angin menunjukkan pengurangan," Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram