HUBUNGAN baik antara dua bekas tonggak Sabah FC, Park Tae-su dan Rizal Ghazali, terus utuh meskipun kedua-duanya kini beraksi untuk kelab berbeza dalam kancah Liga Super.
Pertemuan semula mereka dapat dilihat dalam saingan Liga Super 2025/2026 baru-baru ini apabila kedua-duanya turun beraksi sebagai ketua pasukan masing-masing.
Rizal kini memikul tanggungjawab sebagai kapten Imigresen FC, sementara Tae-su diberi kepercayaan memimpin PDRM FC.
BACA LAGI: Tak tergesa-gesa pulang, bek Selangor sempat ubati kerinduan di Thailand
BACA LAGI: Liverpool beri kata dua buat Arne Slot, dapatkan 6 mata atau dipecat

Tae-su turut sempat mengucapkan tahniah kepada Rizal atas kelahiran cahaya matanya.
Namun, perjalanan perlawanan berpihak kepada Imigresen FC apabila mereka menewaskan PDRM FC dengan keputusan 5-0 dalam aksi yang berlangsung pada 23 November lalu di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Walaupun tewas, Tae-su tetap mempamerkan sisi profesional dan hubungan baiknya dengan Rizal apabila dilaporkan sempat mengucapkan tahniah kepada bekas rakan sepasukan itu seperti yang dikongsikan di laman Facebook @palatao_bola.
Ucapan itu diberikan sebagai tanda penghargaan selepas Rizal yang mesra disapa Jai menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya pada awal November.
"Tahniah Rizal sudah jadi bapa. Hubungan Rizal Ghazali dan Park Tae-su kekal rapat walaupun hanya dua musim beraksi bersama.
"Tae-su juga ucapkan tahniah kepada Jai atas kelahiran anak pertamanya pada awal November," katanya.
Tindakan Tae-su itu sekali lagi memperlihatkan persahabatan erat yang terjalin antara mereka meskipun hanya dua musim bersama-sama di Sabah FC.
Hubungan rapat kedua-dua pemain itu turut mendapat perhatian peminat yang menganggap mereka contoh terbaik semangat setia kawan dalam dunia bola sepak profesional.
Untuk rekod, Rizal menyertai skuad Sang Badak pada Disember 2021 sebelum mengambil keputusan meninggalkan The Rhinos pada musim 2024.
Sementara itu, kontrak Tae-su bersama Sang Badak pula tidak disambung menyaksikan pemain kelahiran Korea Selatan itu terpaksa membawa haluan ke Lembah Klang selepas hampir tujuh tahun berkhidmat dengan kelab tersebut bermula musim 2019. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp Channel dan Telegram
