Rekod 'away form' jadi nyawa Penang jumpa Sabah, elak risiko kelab ditutup


  • Podium
  • Ahad, 23 Nov 2025

Penang kini menduduki tempat ke-10 Liga Super.

PRESTASI Penang FC ketika ini sememangnya merisaukan penyokong mereka kerana belum nampak sebarang tanda mereka akan bangkit.

Kini menduduki tangga ke-10 selepas lapan perlawanan dalam Liga Super, pertemuan menentang Sabah FC pada Ahad amat penting dalam menentukan musim mereka.

Walaupun berdepan cabaran jauh di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Penang tidak perlu risau dengan cabaran diberikan oleh Sabah.

BACA LAGI: Krisis pertahanan tengah The Gunners, kehilangan Gabriel ujian besar Arsenal buru gelaran EPL

BACA LAGI: Suka main solo, Mo Salah dituduh jadi punca bintang mahal Liverpool 'flop'

Away form membantu

Walaupun tidak mencatatkan keputusan baik, Penang tidak perlu risau apabila berdepan Sabah kerana faktor bermain di tempat lawan.

Hal ini kerana, kesemua keputusan kurang enak dicatatkan mereka terhasil semasa di laman sendiri dengan Harimau Kumbang lebih baik semasa bertandang ke gelanggang lawan.

Penang masih belum kalah dalam dua aksi di tempat lawan dalam Liga Super.

Setakat ini dalam Liga Super, Penang sudah dua kali beraksi di tempat lawan dan mereka masih belum kalah lagi.

Mereka mencatatkan keputusan seri semasa bertemu Melaka FC dan Kuching City FC untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan.

Lawan setara

Walaupun dibebani tekanan untuk menang, namun Penang boleh menarik nafas lega kerana lawan mereka mempunya keupayaan setara.

Sabah yang turut mengalami masalah prestasi cuba tercari-cari rentak untuk menang dan membaiki kedudukan dalam liga, jadi ia akan mendorong kedua-dua kelab untuk memberikan yang terbaik di padang.

Penang harus menang untuk membaiki kedudukan liga mereka.

Kemenangan diraih Penang semestinya membantu mereka naik sehingga ke tempat kelapan, bergantung juga kepada keputusan aksi Imigresen FC menentang PDRM FC.

Penang berdepan lawan ideal untuk meraih tiga mata sekali gus memulakan semula musim mereka, jika kesempatan itu tidak diambil maka rugilah mereka.

Potensi ditutup

Dengan prestasi buruk Penang, timbul spekulasi mengatakan yang kelab itu akan ditutup operasinya dan itu jelas tidak disenangi oleh penyokong.

Sejak bermusim lamanya, penyokong Penang berasa kecewa apabila prestasi di padang tidak begitu baik walaupun kelab dilaporkan tidak mengalami masalah kewangan yang serius.

Penyokong amat menyayangi kelab dan walaupun kritikan pedas ditujukan kepada pemain, barisan kejurulatihan serta pengurusan, mereka tidak pernah pilih untuk berundur dari terus mendukung kelab.

Perlawanan menentang Sabah berpotensi untuk meredakan sikit ketegangan antara penyokong dan kelab, syaratnya tiga mata wajib diraih di Likas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram