[VIDEO] Media Eropah lantang, anggap gol Rizky Ridho tak layak tercalon Anugerah Puskas 


  • Podium
  • Rabu, 19 Nov 2025

Rizky (kiri) menjadi pemain kedua dari Asia Tenggara selepas Faiz Subri yang berada dalam pencalonan Anugerah Puskas.

MEDIA England mempersoalkan pencalonan gol pemain Persija Jakarta, Rizky Ridho yang tersenarai dalam 11 gol terbaik bagi merebut Anugerah Puskas tahun ini, sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak antarabangsa.

Portal sukan, Planet Football dalam ulasannya mempersoalkan kualiti jaringan tersebut, menyatakan bahawa meskipun gol itu cantik, ia tidak sewajarnya berada dalam kelompok teratas anugerah berprestij itu.

"Ya, bagus, tetapi adakah ini salah satu daripada 11 gol terbaik tahun ini? Betulkah?" tulis portal tersebut. 

BACA LAGI: [VIDEO] Ulangi sejarah Faiz Subri, bek Indonesia tercalon Anugerah Puskas

BACA LAGI: [VIDEO] 'Penang kilang Puskas', jaringan memukau keeper muda Harimau Kumbang imbau kenangan gol Faiz Subri

Media itu turut mengkritik kecenderungan gol jarak jauh yang sering memperdaya penjaga gol dengan menyifatkannya sebagai membosankan kerana terlalu kerap berlaku dalam bola sepak moden.

Portal berkenaan turut meletakkan jaringan Ridho di kedudukan ke-10 daripada 11 calon, sekali gus menggambarkan pandangan bahawa gol pemain berusia 23 tahun itu tidak begitu menonjol berbanding pencalonan lain.

Ridho dicalonkan hasil jaringan menarik ketika membantu Persija menewaskan Arema FC dalam aksi Liga 1 2024/2025 di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi pada 10 Mac 2025.

Gol tersebut terhasil daripada gerakan serangan balas bermula di kawasan pertahanan sebelum Ridho menyudahkan peluang dengan rembatan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol lawan, Lucas Frigeri.

Dengan pencalonan itu, Ridho kini bersaing dengan beberapa nama besar bola sepak dunia termasuk Yamine Yamal, Alerrando, Alessandri Deiola, Declan Rice, Kevin Rodrigues, Santiago Montiel, Pedro de la Vega dan Carlos Orrienta.

Proses pengundian untuk Anugerah Puska dibuka pada 14 November dan akan ditutup pada 3 Disember 2025. Setakat Selasa, Ridho berada dalam senarai tiga teratas calon pilihan untuk merangkul anugerah tersebut.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram