SEORANG pelajar yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertindak luar kawalan apabila mencederakan bapanya dengan pisau selepas berang ditegur tidak mahu ke sekolah.
Kejadian di Setapak, Kuala Lumpur pada Isnin melihatkan suspek mencederakan bapanya di belakang badan serta lengan kirinya.
Suspek kini sedang dalam tahanan polis dengan reman dibuat sehingga Khamis.
BACA LAGI: 'Tak perlu berdiri tepi jalan,' Prabowo minta pelajar fokus sekolah ketika lawatan kerja presiden
BACA LAGI: Cedok gambar kemudian jana AI 'Ghibli style', video muzik penerbitan stesen TV dikritik
Tindakan pelajar itu jelas mengundang rasa kecewa ibu bapa yang melihat keruntuhan akhlak remaja pada zaman sekarang.
Dengan dunia sekarang dikuasai oleh media sosial dan gajet, ia dilihat membawa banyak pengaruh buruk kepada anak-anak hinggakan mereka bertindak keterlaluan kepada ibu bapa mereka sendiri.
Malah, ada yang berasakan sesetengah anak ibarat sudah menjadi 'tuan' kepada ibu bapa sendiri sedangkan merekalah sepatutnya dihormati dan dipatuhi.
"Anak yang jadi tuan kepada mak ayah," kata Ahmad Fitri.
"Macam-macam perangai pelik budak zaman sekarang," ujar Nabilah Razali.
"Ya ALLAH, apa dah jadi dengan anak-anak zaman sekarang? Tak takut langsung dengan mak ayah, tak ada hormat dah. Sekarang banyak sangat pengaruh gajet dan media sosial, punca anak-anak rosak," komen ifnt_lyz. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
