KETUA jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menampilkan barisan terbaik menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 18 November ini.
Keyakinan itu terserlah apabila pengendali kelahiran Australia berkenaan memanggil 27 pemain ke kem latihan pusat termasuk nama-nama besar seperti Arif Aiman Hanapi, Dion Cools dan Faisal Halim.
Langkah itu jelas menunjukkan tekad Cklamovski untuk mengutip tiga mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia di puncak Kumpulan F.

Prestasi cemerlang Arif Aiman (jersi kuning) memastikan dia kekal dalam kesebelasan utama kebangsaan. — Facebook/malaysiant
Namun, tidak semua pemain dalam senarai utama dijangka akan diturunkan ketika aksi menentang Nepal mahupun perlawanan timbal balik selepas itu.
Terdapat beberapa pemain yang dilihat belum memberikan impak besar kepada pasukan, sekali gus membuka ruang kepada rakan sepasukan lain untuk membuktikan kemampuan mereka.
Antara yang menjadi perhatian ialah Junior Eldstal dan Endrick Santos, dua pemain berpengalaman yang mungkin sekadar memanaskan bangku simpanan kali ini.
Bagi Junior, meskipun memiliki pengalaman luas bersama skuad kebangsaan sejak 2013, peluang beraksi masih terhad.
Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu disenaraikan dalam dua aksi terakhir menentang Laos, namun masih belum diberi ruang sepenuhnya untuk menampilkan kemampuan sebenar di padang.

Meskipun memiliki pengalaman luas bersama skuad kebangsaan sejak 2013, peluang Junior Eldstal beraksi masih terhad. — Facebook/malaysiant
Situasi itu membuktikan bahawa faktor senioriti bukan lagi jaminan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, apatah lagi dengan persaingan dalaman pasukan yang semakin sengit.
Sementara itu, Endrick Santos yang kini beraksi bersama Ho Chi Minh City FC di Vietnam turut berdepan cabaran tersendiri.
Walaupun memiliki pengalaman beraksi di luar negara, kecederaan yang dialaminya baru-baru ini menjejaskan tahap kecergasan dan peluang untuk beraksi.
Difahamkan, pemain tengah itu terlepas empat perlawanan bersama kelabnya akibat masalah kecederaan.

Endrick (kanan) kini dilaporkan berdepan dengan masalah kecederaan.
Justeru, tidak mustahil khidmatnya tidak digunakan dalam perlawanan menentang Nepal nanti.
Keadaan itu memperlihatkan bahawa dalam bola sepak moden, prestasi semasa, kecergasan dan persaingan dalaman menjadi faktor utama dalam pemilihan pemain bukan sekadar nama besar atau pengalaman antarabangsa.
Kedua-dua pemain berpengalaman itu kini perlu membuktikan nilai mereka di padang secara konsisten sekiranya mahu kekal relevan dalam perancangan jangka panjang Harimau Malaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitt
