[VIDEO] Murahnya rezeki Amir Raja Lawak, sentiasa sokong bisnes rakan seperjuangan sejak dulu termasuk bintang Hantu Kak Limah


  • Hiburan
  • Selasa, 04 Nov 2025

TJ Isa (atas) mengurut kepala Amir Raja Lawak yang datang mendapatkan perkhidmatannya.

UMUM mengetahui yang pelawak, Amir Raja Lawak sering bekerja keras terutamanya dalam perniagaannya.

Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai anak seni, namun Amir tetap fokus kepada perniagaannya menjual ayam goreng yang semakin laku di Kota Bharu, Kelantan.

Di saat Amir berjaya dengan perniagaan ayam gorengnya, dia turut tidak lupa untuk menyokong rakan seperjuagannya dalam bidang seni yang menceburi dunia perniagaan.

BACA LAGI: Tetak isteri sampai kritikal, lelaki Sibu dipenjara 20 tahun

BACA LAGI: TMJ anggap hukuman FIFA bermotifkan politik

Berdasarkan perkongsian oleh TJ Isa yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah, Amir hadir sebagai salah seorang pelanggan perniagaan rakannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pemegang watak Mat Kuda dalam filem tersebut kini difahamkan menjalankan perkhidmatan urut berdekatan sebuah hotel dan restoran tom yam.

Apa yang menarik, Isa tidak mengenakan sebarang kadar bayaran terhadap perkhidmatan urutnya kepada pelanggan.

Sebaliknya, dia meletakkan syarat bayaran seikhlas hati buat para pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya.

Sokongan yang diberikan oleh Amir secara tidak langsung dapat meluaskan pengetahuan orang ramai mengenai perkhidmatan urut diusahakan Isa.

Ia juga menunjukkan semangat setia kawan Amir dalam menyokong usaha rakan seperjuangannya dan tidak hairan sekiranya rezekinya sentiasa mencurah-curah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram