Tahukah anda? Penentuan penalti selepas seri, munculnya Telekom Melaka-TNB Kelantan warna-warni landskap bola sepak domestik musim 1999


  • Podium
  • Khamis, 30 Okt 2025

Brunei mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Malaysia 1999 selepas menewaskan Sarawak 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Merdeka. — Arkib Brunei

BOLA sepak sentiasa punya dramanya tersendiri sama ada dari sorakan penyokong di stadium hingga detik penuh debar di padang.

Namun, bagi peminat bola sepak tanah air, musim 1999 memiliki keistimewaan tersendiri yang sukar dilupakan.

Ia merupakan tahun yang menandakan transformasi besar dalam landskap bola sepak Malaysia, ketika Liga Perdana diserikan dengan peraturan baharu dan kemunculan kelab swasta yang mula mencabar dominasi pasukan negeri.

BACA LAGI: Ambil peluang kecederaan Afro, Sabah ada peluang tundukkan Selangor di laman sendiri

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Bukan setakat rambut stailo pakai but berjenama’, prospek JDT kini dilabel ‘the next Arif Aiman’

Langkah berani Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengharamkan pemain import menjadikan musim itu benar-benar unik kerana setiap pasukan bergantung sepenuhnya kepada bakat tempatan.

Dalam masa yang sama, FAM turut memperkenalkan peraturan sepakan penalti selepas keputusan seri 90 minit, di mana pemenang akan memperoleh satu mata tambahan.

Inovasi itu sekali gus menjadikan setiap perlawanan lebih mendebarkan dan sukar diramal, malah ramai penyokong hadir ke stadium semata-mata untuk menantikan penentuan sepakan penalti yang menjadi kemuncak aksi.

TNB Kelantan antara pasukan swasta yang mula melibatkan diri dalam saingan liga profesional pada musim 1999. — Gambar Che Din

Lebih menarik, musim 1999 juga menyaksikan peningkatan penglibatan kelab swasta dalam saingan profesional,Liga Perdana termasuk Telekom Melaka, TNB Kelantan dan NS Chempaka, yang tampil memberi cabaran kepada pasukan negeri.

Kehadiran kelab-kelab itu membawa nafas baharu dengan struktur pengurusan moden, penjenamaan segar dan semangat bersaing yang tinggi, sekali gus menyemarakkan lagi wajah bola sepak tempatan ketika itu.

Pada tahun yang sama, Brunei FA mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Malaysia 1999 selepas menewaskan Sarawak FA 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Pertembungan itu dikenali sebagai Derby Borneo, mempertemukan dua pasukan dari kepulauan yang sama di pentas tertinggi bola sepak Malaysia satu momen epik yang masih disebut hingga kini.

Dengan struktur dua divisyen Liga Perdana Satu dan Liga Perdana Dua, musim 1999 dianggap antara paling menarik dan seimbang dalam sejarah bola sepak Malaysia.

FAM pernah mengharamkan pemain import menjadikan musim itu benar-benar unik kerana setiap pasukan bergantung sepenuhnya kepada bakat tempatan.

Ia menjadi titik perubahan penting yang memperlihatkan bagaimana semangat juang anak tempatan dan keberanian kelab baharu mampu menghidupkan kembali roh sebenar bola sepak negara.

Perubahan bagaimanapun diambil pada tahun-tahun berikutnya kerana FAM menyedari impak pemain import yang boleh menaikkan tahap permainan bakat tempatan.

Meskipun pengharaman sekali lagi dilaksanakan pada 2009, kehadiran pemain luar negara kini menjadi rencah yang menghangatkan arena Liga Super musim demi musim.

Kehadiran kelab swasta pada 1999 itu juga menjadi titik permulaan kepada bola sepak yang mengikut arus perdana kerana ketika ini, tiada pasukan profesional yang benar-benar bergantung kepada dana kerajaan negeri.

Ini sekali gus membuktikan pembaharuan dilakukan kira-kira 26 tahun lalu itu menjadi tempoh pembaharuan kepada arena bola sepak negara yang semakin meriah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram