 
                                                PEMAIN sayap Penang FC, Dylan Wenzel-Halls meluahkan penghargaan terhadap sokongan peminat selepas ada yang menyatakan hasrat untuk melihatnya menyertai Selangor FC.
Menerusi satu perkongsian Selangor FC Insider di Facebook, seorang penyokong tampil berani meluahkan harapannya agar tonggak Harimau Kumbang itu berhijrah ke Selangor menjelang jendela perpindahan dibuka semula Januari nanti.
Menurutnya, para penyokong Selangor berpendapat kehadiran Wenzel-Halls mampu memperkuat jentera serangan Gergasi Merah terutamanya sekiranya bergandingan dengan Faisal Halim.
BACA LAGI: [VIDEO] Seperti tak gembira di Persib, tiba masanya Selangor pantas sambar Saddil
BACA LAGI: Jurulatih JDT akui rindu setiap hari, harap rayuan FAM-FIFA bawa sinar
Bagaimanapun, Wenzel-Halls tidak secara langsung menjawab cadangan tersebut tetapi tetap menghargai sokongan peminat.
“Saya menghargai sokongan dan kata-kata semangat daripada peminat. Selangor ialah kelab besar di Asia dan pasukan yang sangat bagus.
"Saya benar-benar menghargainya. Terima kasih banyak, ia sangat bermakna bagi saya,” katanya.

Penyokong Selangor FC mengharapkan Wenzel-Halls menyertai pasukan Lembah Klang pada jendela perpindahan Januari.
Kenyataan itu muncul susulan gelombang peminat Selangor yang mahu melihat pemain sayap berbakat itu berhijrah ke salah satu pasukan paling berprestij di Liga Malaysia.
Meskipun tidak menjawab pertanyaan tersebut, Wenzel-Halls tetap menghormati sokongan peminat namun dia jelas mahu terus fokus bersama Penang FC.
Pujian Wenzel-Halls terhadap Selangor FC bukan sahaja mengiktiraf reputasi kelab Lembah Klang, malah menonjolkan semangat hormat-menghormati antara pemain tempatan dan import dalam Liga Malaysia.
Dengan prestasi konsisten bersama Penang FC, Wenzel-Halls terus menjadi antara pemain paling diperhatikan musim ini, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai masa depan kariernya.
Dengan kenyataan itu, tidak mustahil sekiranya Selangor terbuka untuk mendapatkan khidmat pemain sayap berketinggian 1.75 meter itu kerana dia bukan sahaja boleh beraksi di kedua-dua bahagian sayap, malah cukup berfungsi setiap kali diberikan peluang.
Untuk rekod, Wenzel-Halls setakat ini mencatatkan tiga gol selepas 10 perlawanan Liga Malaysia berlangsung. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
