Duduk atas riba ibu, bayi 9 bulan maut nahas empat kenderaan di Setiu


  • Kes
  • Khamis, 30 Okt 2025

Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 79 Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu. — Gambar hiasan

SEORANG bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 79 Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu, berhampiran Kampung Bukit Grebar, Terengganu, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Setiu Supt Mohd Zain Mat Dris berkata, mangsa Nur Athiya Inara Isnorizal yang cedera di kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pukul 8.09 malam Rabu.

Beliau berkata, pada pukul 10.27 pagi Rabu, polis menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan dua buah kereta jenis Honda Accord dan dua buah kereta jenis Perodua Axia.

BACA LAGI: Berang telefon dirosakkan adik, polis tak tolak kemungkinan Roblox punca budak lelaki dikelar di Parit Raja

BACA LAGI: [VIDEO] Akui kecewa dikeluarkan Bojan Hodak, Saddil mohon maaf lepas baling botol, tumbuk cermin bangku simpanan

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu bapa mangsa hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah Perodua Axia yang berhenti untuk masuk ke simpang kanan. Facebook

"Ketika kemalangan, mangsa diriba ibunya Nur Azzahra Manal, 25, di kerusi penumpang hadapan dalam kenderaan Perodua Axia yang dipandu bapanya, Isnorizal Ismail, 25.

"Bapa mangsa mengalami cedera di kaki kiri sementara ibunya bengkak pada bibir dan tangan kiri, manakala pemandu dan penumpang tiga kenderaan lain tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Zain berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu bapa mangsa dari arah Kuala Terengganu ke Tumpat, Kelantan telah hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lagi Perodua Axia yang sedang berhenti untuk masuk ke simpang sebelah kanan.

"Akibat pelanggaran berkenaan, kedua-dua Perodua Axia itu telah berpusing dan dilanggar oleh sebuah Honda Accord yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kereta itu hilang kawalan ke sebelah kiri jalan lalu melanggar sebuah lagi Honda Accord yang sedang diletakkan di kaki lima jalan.

"Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Setiu sebelum bayi berkenaan dipindahkan ke HSNZ," katanya dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram