PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti mencari dan mengenal pasti pemain warisan bagi memperkukuh skuad bola sepak kebangsaan pada masa akan datang.
Beliau bertitah demikian ketika sidang media khas pada Sabtu susulan isu melibatkan hukuman oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta beberapa pemain warisan negara.
BACA LAGI: 'Give everything you got. Bring it', TMJ sedia jawab semua soalan di sidang media
"Sesiapa persatuan bola sepak yang ada info mengenai pemain warisan, pergi FAM bagi info. Beritahu saya, FAM atau individu-individu untuk cari info mengenai pemain berkenaan.
"Saya tidak akan berhenti (cari pemain warisan)," kata beliau ketika menjawab pertanyaan media sama ada kes yang berlaku baru-baru ini akan mematahkan semangatnya untuk mencari pemain warisan.
Untuk info, sebelum ini FIFA memberu hukuman kepada tujuh pemain warisan negara dibenarkan kembali menyarung jersi Harimau Malaya atau terus digantung selama 12 bulan daripada mewakili skuad kebangsaan.
Tujuh pemain yang terlibat ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Kesemua pemain warisan tersebut sebelum ini didaftarkan sebagai pemain warisan dan pernah disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya bagi kempen kelayakan antarabangsa.
FAM bagaimanapun pada sidang media sebelum ini memberitahu sudah mengemukakan rayuan rasmi kepada FIFA dengan keputusan berkenaan dijangka diumumkan pada 30 Oktober ini.
Jika FIFA menolak rayuan tersebut, FAM dijangka terpaksa meneruskan perjuangan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menjadikan proses yang jauh lebih kompleks dan panjang.
Difahamkan, perbicaraan di CAS boleh mengambil masa antara dua hingga tiga bulan sebelum keputusan muktamad diumumkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
