
HASRAT pelumba Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah untuk mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kategori ASB1000.
Hal ini selepas pelumba berusia 31 tahun berkenaan difahamkan terjatuh dalam pusingan akhir perlumbaan kedua yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor pada Ahad.
Insiden malang itu menyaksikan Hafizh gagal menamatkan perlumbaan tiga terbaik, sekali gus kehilangan peluang untuk menambah mata kejuaraan dan mempertahankan kedudukannya di tangga teratas.
BACA LAGI: [VIDEO] Safiq Rahim 'jejaka payung' Hafizh Syahrin, saksikan JDT Racing Team raih podium Sepang
BACA LAGI: Masalah brek tidak halang Hafizh Syahrin hadiahkan JDT gelaran sulung ARRC
Berdasarkan video tular dimuat naik laman Facebook, Kapcai Malaya menyaksikan Hafizh kelihatan mahu memotong pesaingnya iaitu Zaqhwan Zaidi namun, perkara tidak diingini berlaku.
Pelumba kelahiran Selangor berkenaan sempat berpaut pada bahagian belakang jentera pesaingnya itu sebelum kedua-dua mereka terbabas di tepi trek bersama Zaqhwan dalam pusingan akhir perlumbaan.
Pada awalnya, kedua-dua pelumba terus memberi saingan sengit untuk memburu gelaran juara sambil diekori oleh Azroy Hakeem, namun kemalangan itu merencatkan perancangan mereka.
Dalam masa sama, ia membuka ruang buat Azroiy yang juga pelumba Idemitsu Honda Racing Malaysia meraih kejuaraan di Sepang. Hafizh pula sekadar meraih enam mata dengan menduduki tempat ke-10.
Keputusan berkenaan menyaksikan Nakarin Atiratphuvapat kini memimpin kejuaraan keseluruhan ASB1000 dengan 152 mata, manakala Hafizh mengekori di belakang dengan 148 mata.
Untuk info, Hafizh sebelum ini muncul juara perlumbaan pertama ARRC untuk kategori ASB1000 di Sepang pada Sabtu dengan catatan masa dua minit (m) 4,720 saat (s). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram